SELEPAS tiga tahun tidak dianjurkan, Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) bakal kembali diadakan pada 13 September depan di Arena of Stars, Genting Highlands.Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim memberitahu tiga kategori baharu turut diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik. Kata Rosmin, anugerah tambahan ini dibuat bagi mengiktiraf karya muzik yang memupuk nilai perpaduan dan memberi pengiktirafan kepada kejayaan artis tempatan melebarkan kerjaya seni di luar negara.“Anugerah ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada penyanyi tempatan melakar nama di pentas antarabangsa menerusi kolaborasi kreatif menembusi sempadan negara,” katanya. Rosmin (kanan) teruja memaklumkan tiga kategori baharu bakal dipertandingakan dalam AIM24.Rosmin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media AIM24 yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Rosmin memberitahu sebagai dorongan besar kepada industri, Kementerian Komunikasi Malaysia (KKM) memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada 11 pemenang kategori AIM24.Dana ini merupakan sebahagian daripada program Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah MyCreative Ventures (MyCV) untuk menyokong penerbitan, promosi dan pengedaran kandungan kreatif yang bernilai tinggi dari segi komersial dan seni. ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan industri muzik 2024 pecah rekod dengan RM339 juta, AIM edisi ke-24 dianjurkan tahun iniARTIKEL BERKAITAN: Album Terbaik AIM23 milik Yonnyboii, bawa pulang RM200,000Rosmin turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Venturess atas sokongan melalui dana DKK kepada bakal pemenang.“Kami juga amat berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures atas perluasan sokongan melalui dana DKK kepada pemenang AIM24. “Inisiatif ini bukan sahaja menyuburkan bakat tempatan, malah memperkasakan kandungan digital Malaysia untuk pasaran tempatan dan global. Kami juga amat teruja dengan kerjasama pertama kami bersama RTM sebagai penyiar rasmi acara anugerah muzik utama negara ini,” ujarnya. Pencalonan AIM24 dibuka kepada lagu/album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil yang diterbitkan di negara ini antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024. Rosmin (kanan) bersama Pengarah Program TV RTM iaitu Reza Sariman Othman.Penyerahan pencalonan AIM24 oleh ahli RIM akan dibuka pada 4 Jun 2025 dan akan ditutup pada 4 Julai 2025 pukul 5.00 petang.Untuk rekod, kali terakhir AIM diadakan pada 2022 menyaksikan artis hip hop, Yonnyboii mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).Berikut merupakan senarai penuh bagi 31 kategori AIM2024:Kategori utama1. Artis Baharu Terbaik2. Vokal Lelaki Terbaik3. Vokal Wanita Terbaik4. Vokal Kumpulan Terbaik5. Kugiran Terbaik6. Vokal duo/Kolaborasi Terbaik/Video Muzik Terbaik8. Runut Bunyi (OST) Terbaik di Dalam Filem/Drama9. Lagu Rock Terbaik10. Lagu Pop Terbaik11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik14. Lagu Cina Tempatan Terbaik15. Lagu India Tempatan Terbaik16. Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara17. Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik18. Lagu Nasyid Terbaik19. Lagu Etnik Terbaik20. Lagu Perpaduan Terbaik21. Lagu Tradisional Terbaik22. Album Terbaik23. Lagu TerbaikAnugerah Khas24. Anugerah Sri WiramaKategori Pra Anugerah25. Kulit Single/Album Terbaik26. Rakaman Album Terbaik27. Rakaman Lagu Terbaik28. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 29. Lagu Paling Tinggi Di Strim 30. Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube 31. Lagu Paling Tinggi Ditonton Di TikTokJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube