suria

Pendapatan industri muzik 2024 pecah rekod dengan RM339 juta, AIM edisi ke-24 dianjurkan tahun ini

Lagu masing-masing nyanyian Ernie Zakri merupakan lagu tempatan paling tinggi distrim.

PENDAPATAN industri muzik tempatan mencatat rekod baharu apabila meningkat sebanyak 11.5 peratus sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata peningkatan tersebut merupakan perkara membanggakan kerana ia berjaya memecah rekod sejak 1996.

Jelas Rosmin, industri muzik tempatan mencatatkan pendapatan sebanyak RM339 juta iaitu 11.5 peratus daripada RM304 juta yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

rosmin 1

Rosmin bangga dengan rekod baharu pendapatan industri muzik.

"Ini merupakan pendapatan tertinggi dalam sejarah industri muzik tempatan dan memecah rekod jumlah pendapatan tertinggi iaitu RM315 juta pada 1996.

"Pencapaian luar biasa ini disumbang oleh peningkatan 14 peratus dalam hasil pendapatan digital dan 7.6 peratus hasil kutipan royalti tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Rosmin menjelaskan perkara itu menerusi satu kenyataan media kepada mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Rosmin memaklumkan tahun 2024 turut menyaksikan beberapa kejayaan penyanyi apabila menguasai carta tempatan dan antarabangsa menerusi lagu-lagu hit mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Seni Muzik, 10 selebriti terima bantuan RM2,000

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Hael Husaini, Fattah Amin Catat Rekod RIM

Ini termasuk penyanyi Ernie Zakri dan Ade Govida berjaya muncul sebagai lagu tempatan paling tinggi distrim menerusi Masing-Masing.

"Manakala Insomniacks pula muncul sebagai artis tempatan paling tinggi distrim pendengar.

"Tidak ketinggalan Firdhaus yang merupakan artis Cina tempatan paling tinggi distrim," katanya.

Mengulas mengenai penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM), Rosmin memberitahu edisi ke-24 bakal dianjurkan pada tahun ini.

Untuk rekod, kali terakhir AIM diadakan pada 2022 yang menyaksikan artis hip hop, Yonnyboii mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain