USAHAWAN Noor Nabila berang apabila didakwa pergi bercuti hanya bersama bekas suami iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak lelaki mereka di Perancis baru-baru ini.
Menjawab mengenai tuduhan itu, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 41, menjelaskan percutian mereka turut ditemani dua individu lain tidak didedahkan identiti mereka.
Tegas Nabila, mereka juga tidak tinggal sebilik seperti didakwa sebaliknya menyewa sebuah rumah sepanjang berada di Perancis.
Percutian Sharnaaz dan Nabila jadi perhatian.
"Bawa anak bercuti bersama. Kita ini datang bercuti lima orang, duduk serumah bukan sebilik," jelasnya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Nabila berharap agar netizen tidak terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain sedangkan diri sendiri tidak terurus.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad tegur wanita ungkit isu nafkah RM500, syukur rezeki semakin murah
ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sudah kembali berumah tangga, Noor Nabila tak sorok kalau ada berita baik
Malah dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah membuat spekulasi dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial.
"Jadi tolong jangan nak menghakimi sangat, jadilah netizen yang bijak, berpelajaran dan beradab!
"Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini. Kalau korang tahu sangat masa depan, lebih baik korang atur hidup sendiri, bukan nak tentukan hidup orang," luahnya.
Hantaran Nabila mengenai spekulasi yang hangat diperkatakan.
Sebelum ini, kemesraan Nabila bersama Sharnaaz semasa bercuti di Perancis mengundang pelbagai spekulasi netizen.
Malah ada berharap mereka dapat kembali sebagai pasangan suami isteri demi anak lelaki mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad, 7 tahun.
Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!