suria

[V] Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah

PELAKON Kamal Adli menyangkal dakwaan dia dan aktres Uqasha Senrose hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, bercerai adalah perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana dia terlalu menyayangi keluarganya.

“Tak pernah lagi! Mahkamah syariah pun saya tak tahu kat mana!

kamal 2

Kamal tenang jawab mengenai kontroversi membabitkan namanya.

“Doakan yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk saya pergi ke tahap itu.

“Insya-Allah tidak, saya sayang anak dan isteri saya,” katanya kepada mStar.

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Unifi TV Originals Ramadan Raya di The Boathouse, Ampang, Selangor pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli hanya gelak dakwaan hubungan dengan isteri retak, kasihan Uqasha Senrose sering jadi mangsa fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sanggup ulang alik KL-Sabah, tiga bulan berehat fokus jaga isteri pantang

Jelas Kamal hubungan dia bersama Uqasha sememangnya tiada masalah dan menganggap dakwaan rumah tangga sedang bergolak hanyalah andaian orang ramai semata-mata.

Tambah Kamal, fokusnya sekarang adalah untuk kembali meluangkan masa dengan keluarga selepas lama meninggalkan mereka atas urusan kerja.

“Alhamdulillah setakat ini kami okay tiada masalah.

Skarang kami berdua memang tengah sibuk.

KAMAL ADLI

PELAKON

“Sekarang saya cuma mahu luangkan masa bersama keluarga sebab sebelum ini terlalu sibuk bekerja,” jelasnya.

Ditanya tentang emosi yang dihadapi, Kamal tidak berselindung dakwaan dilemparkan itu membuatkan hidupnya terganggu.

Namun Kamal dan Uqasha mengambil pendekatan berdiam diri dan fokus pada kerjaya.

“Terganggu! Sebab ramai orang bertanya sampaikan ibu dan keluarga Uqasha tanya kami ada masalah ke?

kamal 3

Kamal dan Uqasha pilih diamkan diri dari kontroversi melanda.

“Cuma sekarang kami berdua memang tengah sibuk dengan kerja masing-masing,” ujarnya.

Untuk rekod, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Artikel Lain