LEBIH 10 tahun bergelar anak seni, pelakon Nafiez Zaidi akur namanya masih kurang mendapat perhatian produksi atau stesen televisyen untuk diberi peranan sebagai hero.
Biarpun banyak tawaran diterima, namun Nafiez atau Abdul Nafis Abduzaidi, 33, sendiri tidak pasti apa menyebabkan dia belum diberi kepercayaan memegang watak utama.
"Belum rezeki... saya sendiri kurang pasti kenapa jadi begitu. Mungkin saya tiada aura untuk menjadi hero drama.
Nafiez harap diberi peluang sebagai hero drama.
"Saya sudah buat macam-macam, namun semua itu bergantung kepada rezeki.
“Apa lagi dalam usia yang semakin meningkat, saya harap dapat terima tawaran sebegitu," katanya kepada mStar.
Yakin dengan kemampuan diri sendiri, Nafiez juga percaya dia boleh memberi sepenuh komitmen sekiranya ada peluan g menggalas watak utama dalam mana-mana drama.
ARTIKEL BERKAITAN: “Itu hal mereka”... Nafiez Zaidi doa kebahagiaan Fify Azmi dan Syazwan Zulkifly, sudah sedia cari pengganti
ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Nafiez Zaidi dan Fify Azmi berputik di lokasi ‘Ada Hantu 2’, Hairul Azreen ‘kenen’ sampai jadi!
Besar harapannya agat mana-mana produser atau pengarah dapat melihat kredibilitinya dalam memikat hati penonton sekali gus menghidupkan jalan cerita.
"Memang teringin dan saya mahukan watak hero! Bagi saya ia perlu untuk portfolio sebagai seorang pelakon.
Saya sudah buat macam-macam, namun semua itu bergantung kepada rezeki
NAFIEZ ZAIDI
PELAKON
"Bagaimanapun saya sentiasa bersyukur kerana terus diberi tawaran berlakon meskipun bukan sebagai hero," ujarnya.
Bercakap lanjut, Nafiez juga meluahkan rasa terharu apabila pengarah Eyra Rahman sendiri yang menghubunginya untuk memegang watak Adnan dalam drama berjudul Curang Tanpa Niat.
Biarpun mereka tidak pernah bekerjasama sebelum ini, namun Eyra meletakkan kepercayaan kepada Nafiez terlibat dalam karya berkenaan.
Sokongan kelab peminat membuatkan Nafiez kekal bertahan dalam dunia seni.
"Erya sendiri yang DM (direct message) saya. Dia melihat karakter saya di luar sesuai untuk drama ini.
"Satu penghargaan buat saya apabila diberi kepercayaan kerana kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini," ujarnya.
Selain Nafiez drama ini menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan Fadlan Hazim sebagai watak utama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!