TOKOH akademik dan penganalisis politik terkenal Malaysia, Chandra Muzaffar, 79, meninggal dunia pada Jumaat.Pemergiannya disahkan oleh Majlis Pimpinan Keadilan. Chandra merupakan Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), bekas Pengerusi Yayasan Perpaduan Malaysia serta individu yang sering menyumbang pandangan dan ditemu bual oleh akhbar The Star.Allahyarham memiliki kepakaran dalam bidang geopolitik dan dasar luar negara, selain sering mengulas mengenai hubungan antarabangsa. Allahyarham juga merupakan penyokong tegar pendirian dasar luar Malaysia yang berkecuali dalam menghadapi konflik global.Chandra turut dikenali sebagai pejuang prinsip Rukun Negara sebagai falsafah panduan abadi Malaysia dalam memupuk perpaduan. Chandra juga pernah memberikan pandangan mengenai pengurusan krisis negara.Selain bidang akademik, Chandra turut pernah menceburi politik dan pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). - The Star.