Lagu Hael Husaini, Fattah Amin Catat Rekod RIM - Hiburan | mStar

Lagu Hael Husaini, Fattah Amin Catat Rekod RIM

Lagu Hael Hussaini Jampi dan Fattah Amin unggulu carta RIM.

PETALING JAYA: Lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diumum sebagai Lagu Domestik Paling Tinggi Penstriman sepanjang 2017 di semua aplikasi penstriman.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada Isnin, lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu menduduki kedudukan tertinggi sepanjang tahun lalu dengan jumlah 13,879,144 kali didengar.

Lagu terbitan Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia Group itu juga diumum sebagai Lagu Domestik Paling Bernilai yang dikira berdasarkan langganan berbayar dan sokongan iklan.

Manakala lagu Ed Sheeran berjudul Shape of You menjadi Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Penstriman dan Lagu Antarabangsa Paling Bernilai pada tahun lalu dengan jumlah 13,879,144.

Manakala lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin yang diterbitkan Kasi Gegar Entertainment diumum sebagai Debut Lagu Domestik Terbaik.

Ia dikira berdasarkan kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu tersebut dalam carta domestik dan antarabangsa pada minggu pertama dilancarkan.

Lagu tersebut juga mengungguli kategori Kedudukan Terbaik Yang Dipegang Lagu Domestik.

Manakala kategori Debut Lagu Antarabangsa Terbaik dimiliki Taylor Swift menerusi lagu Look What You Made Me Do.

Sementara lagu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli mengunggulu Lagu Domestik Paling Lama Dalam Carta.

Lagu berkenaan merupakan lagu paling lama iaitu 52 minggu berada dalam carta domestik dan antarabangsa pada tahun lalu.

Artikel Sebelum

“Sakit Luar, Dalam...” - Kamal Adli

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?