Muhammad Riyadh Zafri Pilihan Hafiz Suip

Hafiz belum mendedahkan wajah bayi lelaki sulungnya. Foto Instagram @hafizsuip.

PENYANYI Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang menyambut kelahiran bayi sulung lelaki pada 31 Disember lalu akhirnya berkongsi nama diberikan kepada anak mereka.

Menerusi foto sijil kelahiran yang dimuat naik Hafiz di laman Instagram, dia mendedahkan nama anaknya itu ialah Muhammad Riyadh Zafri.

"Alhamdulillah ini lah nama yang diberi...," tulis Hafiz.

Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini berkongsi nama anaknya setelah memasuki hari ketujuh kelahiran anaknya itu.

Rata-rata pengikut di laman sosial juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini mengucapkan tahniah serta mendoakan bayinya sihat dan menjadi anak yang soleh.

Hafiz berkongsi nama bayi sulungnya di Instagram.

"Tahniah. Semoga dipermudahkan mendidik Muhammad Riyadh Zafri menjadi anak yang soleh dan disenangi... Berjaya Dunia Akhirat... Aminn.

"Tahniah @hafizsuip moga anak menjadi anak yang soleh dunia akhirat.

"Tahniah dik... Semoga baby RZ membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak, baik budi pekerti dan soleh...," tulis beberapa orang pengikutnya.

Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016.

Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain