suria

Caprice Akhirnya Dapat Ganti Rugi

Caprice lega semuanya sudah selesai.

ISU pihak pengurusan kondominium dan kontraktor yang tidak mahu membayar ganti rugi kereta dan meminta penyanyi Caprice untuk berbohong pada pihak insuran berakhir dengan baik.

Caprice menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan Menara Duta dan LNL Paint yang memahami serta menyelesaikan perkara tersebut.

Menurutnya, pihak tersebut akan membayar semula ganti rugi kerosakan yang dialaminya pada minggu depan.

"Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih pada LNL Paint dan pengurusan Menara Duta yang memahami dan selesaikan.

"Mereka dan bersetuju untuk bayar kos kerugian pada minggu depan. Terima kasih. Syukur Alhamdulillah," tulis Caprice.

Caprice bersyukur pihak tersebut bersetuju membayar semula ganti rugi.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut gembira dengan isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

Tak Bayar Ganti Rugi, Diminta Pula Menipu - Caprice

Sebelum ini Caprice memuat naik foto kereta mewah jenis Dodge Challenger miliknya dipenuhi tompok cat kekal yang digunakan untuk mengecat dinding bangunan ketika kerja-kerja penyelenggaran pada November tahun lalu.

Kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penyanyi rap itu adalah sekitar RM5,000.

Kata Caprice, kedua-dua pihak terbabit enggan bertanggungjawab di atas kecuaian mereka dan dia terpaksa melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Caprice juga mempunyai bukti pihak tersebut cuba menyakinkan dia untuk berbohong pada pihak insuran bagi mendapatkan wang dengan cepat.

Caprice

Artikel Sebelum

Artikel Lain