suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak ada yang ‘buat‘ muka pun“ - Ruhainies sangkal diboikot rakan artis rentetan kes khalwat

Ruhainies tidak dipulaukan oleh rakan artis.

TIADA situasi bermasam muka atau layanan berbeza, pelakon Ruhainies memberitahu rakan artis masih melayannya secara profesional meskipun dia pernah terpalit kontroversi.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata setakat ini dia tidak pernah berdepan pengalaman buruk atau menerima layanan negatif daripada mana-mana rakan industri.

Kata Ruhainies, dia percaya setiap penggiat seni mampu bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan kerja dengan hal peribadi.

Ruhainies mahu memberi fokus kepada kerjaya seni dan diri sendiri.

"Tak ada yang buat muka ke apa, Alhamdulillah. Tak ada langsung. Mungkin kalau ada yang nak menyebelahi mana-mana pihak, itu saya tidak tahu. 

"Tak ada yang tunjukkan sikap negatif pada saya, jadi saya kekal profesional saja," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Ruhainies mengakui enggan ambil tahu mengenai perkara negatif yang diperkatakan tentangnya bagi mengelakkan rasa kurang selesa apabila berhadapan dengan mana-mana rakan artis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ibu bapa saya beri nama dan maksud yang baik” - Ruhainies kesal tiga tahun digelar ‘Ruhanat’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ruhaines rugi jutaan ringgit, hilang tawaran kerja gara-gara fitnah

"Saya pejamkan mata supaya tak nampak perkara-perkara negatif itu, supaya kalau bertemu buat saya rasa lebih selesa. Jaga hati sendiri itu lebih penting," ujarnya. 

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Ruhainies bersyukur kerana karier masih berjalan seperti biasa biar pun berdepan kecaman dan gesaan boikot daripada netizen.

Malah, aktres berkenaan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama sebanyak 20 episod yang bakal ditayangkan pada hujung Oktober.

Ruhainies tidak mengambil tahu perkara negatif yang diperkatakan mengenai dirinya.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi perhatian susulan kontroversi membabitkan dirinya dan pelakon Aliff Aziz yang ditahan atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Kontroversi berkenaan mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen sehingga ada pihak menggesa supaya pelakon itu dipulaukan.

Bagaimanapun, Ruhainies menjelaskan bahawa kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan dia terus menerima tawaran kerja dalam industri hiburan.

Artikel Lain