suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarimah sambung belajar untuk inspirasi anak-anak, status popular dan berjaya tetap kejar ilmu

Sarimah t

PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim mahu menjadikan hasratnya menyambung pengajian di Harvard Medical School sebagai inspirasi buat anak-anak agar sentiasa mengutamakan ilmu dalam kehidupan.

Sarimah, 48, berkata dia percaya proses menimba ilmu tidak seharusnya terhenti meskipun seseorang itu sudah berjaya dalam kerjaya, apatah lagi apabila mempunyai peluang untuk terus memperluaskan pengetahuan.

Kata Sarimah, dia mahu menunjukkan kepada anak-anak bahawa kehidupan sebagai seorang selebriti bukan sekadar mengejar populariti dan kemewahan, sebaliknya turut menitikberatkan tentang pendidikan.

Sarimah teruja bakal menyambung pelajaran di Harvard Medical School.

"Bagi saya sentiasa kena belajar. Rezeki dan ilmu itu tidak pernah terputus. Saya nak tunjukkan kepada anak juga, bukan setakat glamor. 

"Anak pun tidak pernah tengok mummy (panggilan Sarimah) dia belajar. Sebelum dia lahir saya dah habis ambil ijazah. 

"Jadi dia tak nampak mummy ambil Masters (ijazah sarjana), moga dia mengambil inspirasi bila lihat mak mereka sambung belajar. Kalau mummy nampak glamor tetapi masih belajar, kenapa dia tidak boleh belajar," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Sarimah memberitahu hasrat menyambung pengajian tidak bermaksud dia perlu mengetepikan kerjaya seni.

Kongsinya, dia sudah terbiasa mengimbangi tuntutan kerja dengan komitmen terhadap pelajaran sejak 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim sambung belajar di Harvard Medical School, mahu jadi pelakon lebih berilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim pernah tolak tawaran siri Netflix ‘Wednesday‘ demi prinsip moral, tak sanggup berlakon babak cium

"Karier masih berjalan. Saya dah biasa, pegang skrip satu tangan, tangan yang lain pegang buku. Normal bagi saya. 

"Penggambaran drama pun baru saja habis, sambil rehat kita belajar. Kemudian sambung shooting semula. 

"Ini yang saya lakukan sejak tahun 2009," ujarnya. 

Rezeki dan ilmu itu tidak pernah terputus. Saya nak tunjukkan kepada anak juga, bukan setakat glamor. 

SARIMAH IBRAHIM

PELAKON

Mengulas mengenai cabaran membahagikan masa, Sarimah mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan jadual penggambaran perlu mengikut ketetapan pihak produksi.

Dalam masa sama, dia turut perlu menguruskan rutin harian termasuk menghantar anak ke sekolah dan meluangkan masa untuk bersenam.

"Memang agak susah sebab shooting kena ikut masa produksi, jadi bila tak shooting kena bahagikan masa seperti hantar anak sekolah, masa pergi gimnasium, 'me time' memang tak ada. 

"Me time saya adalah sewaktu saya belajar. Insya-Allah saya boleh lakukan. 

"Kalau kita ada fokus, hala tuju dan tahu apa kita mahukan, insya-Allah doakanlah," katanya. 

Sarimah (kiri) mahu menunjukkan contoh terbaik buat anaknya.

Sebelum ini, Sarimah memaklumkan bakal mengikuti pengajian di Harvard Medical School menerusi program Kesihatan dan Kesejahteraan Wanita dalam masa terdekat. 

Menurut Sarimah, dia percaya ilmu yang diperoleh kelak dapat dimanfaatkan dalam kerjayanya sebagai pelakon bagi menghasilkan watak lebih mendalam. 

Untuk rekod, Sarimah mendirikan rumah tangga bersama kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Tunku Sofia Najihah yang kini berusia 7 tahun.. 

Artikel Lain