PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah menolak beberapa tawaran berlakon dalam siri antarabangsa kerana watak yang ditawarkan menuntut dirinya melakonkan babak bercium.Sarimah, 48, berkata antara peluang yang pernah diterima adalah untuk membintangi siri Netflix popular iaitu Wednesday. Kata Sarimah, dia malah sudah menghasilkan rakaman uji bakat kendiri dan berjaya disenarai pendek bagi watak berkenaan. "Sebenarnya saya pernah menerima banyak peluang, antaranya ditawarkan untuk membawakan salah satu watak dalam siri Netflix, Wednesday.Sarimah berkongsi pengalaman menyertai uji bakat untuk siri antarabangsa."Ini merupakan rakaman uji bakat kendiri yang saya hasilkan bagi watak tersebut."Saya berjaya disenarai pendek, namun babak yang diberikan memerlukan saya mencium pelakon lain secara dekat dan dalam tempoh yang agak lama. Jadi, saya membuat keputusan untuk menolak tawaran berkenaan," katanya. Sarimah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Ahad. Dalam pada itu, pelakon filem Konspirasi ini turut berkongsi dia pernah disenarai pendek untuk salah satu watak dalam siri lakonan Nicole Kidman, Nine Perfect Strangers.ARTIKEL BERKAITAN: Penting kemahiran mendengar, Sarimah Ibrahim nasihat pelakon jangan ego lontar dialogARTIKEL BERKAITAN: Cadangan berlakon di luar negara, Haneesya Hanee pertimbang soal kewangan... “Kalau bawa RM10,000 tukar USD, berapa sangat yang tinggal?“Hurainya, watak tersebut juga memerlukan dia melakonkan babak bercium selain mengenakan bikini."Saya sekali lagi mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut," ujarnya. Sarimah bagaimanapun menegaskan keputusan berkenaan bukan bermakna dia tidak mempunyai kemampuan atau bakat untuk membintangi produksi antarabangsa.Sarimah turut berkongsi rakaman uji bakat yang disertainya.Sebaliknya, memilih untuk berpegang pada prinsip dan batas moral yang ditetapkan dalam kerjaya seni."Jadi, kepada semua bukanlah kita tidak mempunyai bakat, tetapi kita mempunyai prinsip dan pegangan moral yang tinggi," katanya. Sebelum ini, Sarimah berkongsi nasihat kepada pelakon Haneesya Hanee yang menyimpan hasrat untuk mengembangkan kerjaya lakonan ke Hollywood, Amerika Syarikat.Menurut Sarimah, antara tip yang boleh dilakukan adalah mendapatkan khidmat jurulatih lakonan antarabangsa secara dalam talian selain mencari ejen yang sesuai.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube