suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazlina Ahmad Daud derita keracunan makanan, tak sangka mara ke separuh akhir KES2026

Fazlina bagai tidak percaya masih bertahan ke peringkat separuh akhir.

MARA ke peringkat separuh akhir program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026 adalah perkara di luar jangkaan pelakon Fazlina Ahmad Daud.

Sedar akan kemampuan sendiri, Fazlina, 51, mengakui dia bukan seorang penyanyi hebat berbanding peserta lain.

Dalam masa sama dia juga sempat berseloroh tentang pemilihan lagu I Will Survive (nyanyian asal Gloria Gaynor) pada malam suku akhir yang sering dianggap kurang bertuah jika dibawa bertanding.

Fazlina mengagumi bakat semua peserta KES2026. 

"Orang selalu cakap lagu I Will Survive ini ada badi, banyak yang nyanyi masuk pertandingan tapi tak survive.

"Saya memang tak boleh menyanyi. Apa yang dibuat atas pentas itu adalah hasil kerja keras sendiri. Tak pernah nak katakan saya seorang penyanyi. Saya lebih kepada berlakon.

"Saya selalu cakap saya bukan penyanyi yang bagus, saya sedar diri tidak memiliki suara yang bagus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak aurat jadi isu pula“ - Fazlina Ahmad Daud tegur kain singkat Aisha Retno sebab prihatin, mohon maaf jika guris hati 

ARTIKEL BERKAITAN: Rashdan Baba, Maria Tunku Sabri terkandas di suku akhir KES2026

Pada konsert suku akhir, Fazlina yang juga adik kepada pelakon senior Fauziah Ahmad Daud mendapat tempat kelima hasil pemarkahan juri dan undian peminat.

Juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim menyifatkan nyanyian pada malam tersebut merupakan persembahan terbaik Fazlina sepanjang penyertaan dalam KES2026.

Namun di sebalik persembahan bertenaga itu, ini juga memberitahu dia berdepan masalah kesihatan kerana mengalami keracunan makanan beberapa hari sebelum konsert berlangsung.

Fazlina memberi persembahan terbaik menerusi lagu I Will Survive.

"Saya rasa mungkin akan tersingkir dan tak maju ke peringkat separuh akhir. Saya tak tahu apa yang berlaku atas pentas dan komen juri pun saya tak dengar. Saya buat persembahan dengan sisa-sisa tenaga yang ada.

"Pada hari Jumaat rasa sakit dah baik, tetapi tak sangka pukul 3 pagi (Sabtu) sakit datang semula. Saya lakukan sesi sound check sekali sahaja," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain