suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nampak aurat jadi isu pula“ - Fazlina Ahmad Daud tegur kain singkat Aisha Retno sebab prihatin, mohon maaf jika guris hati

Fazlina tidak berniat untuk mempersendakan pemilihan gaya Aisha.

PELAKON Fazlina Ahmad Daud memberitahu teguran yang diberikan kepada penyanyi Aisha Retno terhadap gaya penampilannya sebelum ini atas dasar keprihatinan seorang individu yang lebih berpengalaman. 

Tiada niat untuk mempertikaikan fesyen pilihan Aisha, sebaliknya kata Fazlina, 51, dia bimbang gaya tersebut mengundang kecaman pelbagai pihak. 

“Saya buka Threads dan video Aisha keluar, masa itu mata tertumpu kepada belahan pada kain tersebut dan jika ternampak bahagian yang tidak sepatutnya… mengaibkan. 

Fazlina tidak mahu Aisha menerima kecaman di media sosial.

“Teguran saya itu supaya kain yang dipakai ke bawah sedikit atau tiada belahan. 

“Kalau kain itu panjang sedikit atau mungkin terus buat skirt lebih elok sebab takut bila dia berjalan dan ternampak aurat Aishah, nanti jadi isu pula,” katanya. 

Fazlina ditemui selepas tamat konsert minggu suku akhir program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kasi panjang sikit dik” - Fazlina Ahmad Daud tegur kain batik dipakai Aisha Retno, pereka fesyen kena lebih peka 

ARTIKEL BERKAITAN: Nasihat Fazlina Ahmad Daud untuk pelakon muda, jangan buka aib rakan industri

Dia berkata demikian selepas teguran tersebut sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. 

Enggan isu tersebut terus berlarutan, Fazlina juga memaklumkan dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. 

“Selepas itu ada pula yang komen bagitahu saya tak perlu minta maaf. Bukan begitu, kita tak tahu dosa dengan orang. Jadi walaupun benda itu betul, tapi saya wajib untuk minta maaf.

Mungkin cara saya dapat jadi contoh, kalau nak tegur artis inilah caranya

FAZLINA AHMAD DAUD

PELAKON 

“Takut kalau ada siapa-siapa yang terguris. Bukan sahaja Aisha, tapi peminat, pengurus, ibu dia atau pereka fesyen itu sendiri,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Fazlina juga yakin teguran tersebut dapat menjadi contoh kepada netizen agar tidak terlalu mudah memberi kecaman terhadap mana-mana artis. 

“Sebagai kakak dalam industri, rasa kesian bila adik-adik dikecam. Cara mereka dikecam tu sangat kejam. Mungkin cara saya dapat jadi contoh, kalau nak tegur artis inilah caranya,” jelasnya. 

Teguran Fazlina sebelum ini turut menjadi bualan ramai. 

Sebelum ini Fazlina secara terbuka membuat teguran kepada Aisha ketika penyanyi itu tampil menghadiri program Keretapi Sarong 2026.

Dia menegur supaya kain batik yang dipakai Aisha dapat dilabuhkan sedikit dan komen tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat. 

Rata-rata bersetuju dengan cara Fazlina menyampaikan pendapat dalam memberi teguran di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain