suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasihat Fazlina Ahmad Daud untuk pelakon muda, jangan buka aib rakan industri

PELAKON Fazlina Ahmad Daud mengakui kewujudan ‘kroni’ merupakan perkara biasa dalam industri hiburan tanah air.

Kenyataan Fazlina, 51, itu susulan luahan seorang aktres yang kecewa selepas melalui detik sukar apabila dimaklumkan pihak produksi bahawa terdapat pelakon yang tidak mahu bergandingan dengannya dalam mana-mana karya.

Bagaimanapun, Fazlina berpendapat perkara berkaitan konflik sesama rakan artis tidak perlu didedahkan kepada umum, sebaliknya lebih baik diselesaikan secara berhemah.

"Kroni benda biasa, macam saya perlu lalui cara sukar untuk berada di mana saya sekarang.

"Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) ajar saya ketabahan. Kalau saya boleh tahan dengan dia, maknanya saya boleh tahan dengan satu industri dan netizen.

"Pada saya, pelakon muda tidak perlu mengeluarkan apa-apa aib rakan-rakan industri dan lebihkan muhasabah diri," katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama, Fazlina berkata perkara tersebut sebaiknya diselesaikan dengan bertanya secara bersemuka kepada individu yang terlibat.

Menurutnya, pendekatan itu dapat membantu seseorang mengetahui punca sebenar masalah dan pada masa sama melakukan perubahan sekiranya terdapat kekurangan pada diri sendiri.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi