suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Pakai tudung tapi baju ketat, nampak bonjol... Itu balut aurat!” - Raja Azmi

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman berpendapat, konsep menutup aurat dalam Islam bukan hanya melibatkan rambut, sebaliknya merangkumi keseluruhan diri termasuk perbuatan dan percakapan.

Malah, dia menyifatkan percakapan mengaibkan atau memburukkan orang lain juga perlu diberi perhatian sementara pemakaian tudung bukan penentu seseorang itu masuk syurga sebaliknya ibadah yang dikerjakan.

"Bagi saya syurga neraka bukan ditentukan oleh pemakaian tudung tetapi ibadah kita. Islam itu bukan tudung dengan tak tudung saja.

Raja Azmi mempunyai pandangan sendiri tentang menutup aurat..

"Itu sebahagian daripadanya. Tapi terpulang, masing-masing berpendapat dengan masing-masing. Tapi bagi saya, kalau kita dah berusia masing-masing fikirlah apa yang terbaik," katanya kepada mStar.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kontroversi berhubung kenyataannya mengenai pemakaian hijab dalam kalangan wanita yang mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Tambahnya, bercakap buruk tentang orang juga sesuatu yang mengaibkan seperti memberi komen-komen buruk dilakukan kebanyakan netizen ketika ini melalui media sosial.

"Dia nampak semua buruk orang, tapi buruk diri sendiri yang mencaci orang dekat media sosial itu pun aurat dia terbuka, walaupun rambut dia tertutup," tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang stres setiap kali berlakon... Raja Azmi suka watak makcik-makcik kampung, teringin karakter komedi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya faham sebab pernah jadi penerbit“ - Raja Azmi ulas isu bayaran rendah pelakon pembantu

Dalam pada itu, Raja Azmi, 66, mendedahkan pernah ditegur secara berdepan oleh seorang individu yang mempersoalkan keputusannya untuk tidak bertudung.

Bagaimanapun, dia tidak melenting tetapi menjelaskan pendiriannya mengenai konsep menutup aurat.

"Dia datang kepada saya dan tanya, ‘kenapa saya tak nak pakai tudung?’ Saya jawab bukan isu tak nak atau nak.

Bagi saya syurga neraka bukan ditentukan oleh pemakaian tudung tetapi ibadah kita.

RAJA AZMI

Penerbit Filem

"Pada saya, menutup aurat itu dalam konteks Islam ada caranya. Bukan hanya tutup kepala saja.

"Daripada apa yang saya nampak, yang bertanya itupun, dia pakai tudung tapi baju dia seketat-ketatnya. Ketat, bonjol-bonjol, semua bonjol itu bukan menutup aurat, itu balut aurat," katanya.

Walaupun menerima kecaman susulan pendiriannya itu, Raja Azmi berkata dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain.

Raja Azmi tidak melenting bila dikecam netizen.

Sebaliknya, dia mahu menjalani kehidupan dengan tenang serta mensyukuri apa yang dimilikinya.

"Saya suka hidup tenang sebab ketenangan itu adalah satu anugerah juga. Saya rasa anugerah Allah yang paling besar yang saya dapat adalah ketenangan jiwa dan kesihatan," jelasnya.

Sebelum ini, dalam satu temu bual podcast Raja Azmi berkongsi pandangannya mengenai isu pemakaian tudung dan aurat dalam kalangan wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain