JUARA Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid Baharudin mendedahkan pernah melalui fasa hidup sukar apabila hanya memiliki RM50 untuk meneruskan kehidupan selama seminggu.Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 46, berkata situasi itu berlaku selepas dia bercerai dalam perkahwinan pertamanya ketika dirinya tidak mempunyai sebarang pekerjaan sebelum mula mencari rezeki sebagai penyanyi jalanan atau busker. “Paling teruk saya pernah ada RM50 untuk seminggu. Itulah duit saya nak makan dan teruskan hidup. “Situasi ini berlaku selepas saya bercerai dalam perkahwinan pertama. Saya makan sekali sehari saja, makan pun nasi lauk ayam dengan kuah saja. Air kosong. Zahid akui bersikap boros selepas menjadi juara AF2.“Waktu itu saya memang tak ada job, sebelum buat busking," katanya kepada mStar. Mengimbas kembali kehidupannya selepas memenangi AF2, Zahid mengakui pernah bersikap boros dan tidak memberi perhatian terhadap kepentingan menguruskan kewangan serta membuat persediaan untuk masa depan.Kata Zahid, jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, dia pasti akan membuat perancangan kewangan dengan lebih baik.“Dulu masa muda biasalah semua benda nak buat, nak beli. Benda-benda macam itulah membuatkan saya rasa kalau boleh diputarkan semula masa, sudah tentu saya akan lakukan pengurusan kewangan dengan lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Zahid buka akaun Threads selepas individu dakwa Adam juara AF2… “Dah melebih, aku tak halalkan roti canai aku belanja 21 tahun lepas”ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi ‘busking’ di Bukit Bintang, Zahid buang ego pernah bergelar juara AF2… Hargai pengalaman dapat RM30“Masa muda dulu saya boros teruk. Waktu habis AF memanglah, kita muda ada duit. Tak fikir fasal pelaburan jangka masa panjang. “Kalaulah saya menyimpan daripada dulu buat pelaburan ke apa, mungkin sekarang ini dah banyak duit," ujarnya. Dalam usaha meneruskan kehidupan ketika berdepan kesempitan, Zahid berkata dia pernah menjual barangan berjenama miliknya melalui jualan pre-loved bagi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan harian. Kalaulah saya menyimpan daripada dulu, mungkin sekarang ini dah banyak duit. ZAHID BAHARUDIN PENYANYI“Saya pernah buat jualan pre-loved. Saya jual barangan berjenama milik saya seperti baju, kasut, bag. Daripada situ dapatlah sikit duit untuk tampung kehidupan.“Waktu itu saya dah tak nampak kepentingan memiliki barang-barang berjenama mewah sebab ada kasut yang saya tak pernah pakai pun. “Saya pun pernah cakap benda-benda yang kita tak pakai akan dihisab kelak (hari akhirat), jadi lebih baik saya jual setidaknya dapat duit atau beri pada orang lebih memerlukan," jelasnya. Sementara itu, Zahid memaklumkan dia kini masih aktif menyanyi dan sedang merancang untuk kembali dengan single baharu, yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.Zahid kini bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab hiburan.“Alhamdulillah setakat ini saya hanya meneruskan kehidupan. Saya memang ada rancangan untuk keluarkan single baharu. Mungkin hujung tahun nanti.“Sekarang ini saya sedang merancang untuk rakamkan semula lagu Milikku dalam versi baharu. “Saya sebenarnya tak pernah berhenti menyanyi tetapi apabila tak ada produk (lagu) memang nampak macam saya senyap sajalah," katanya. Untuk rekod, Zahid mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kedua pada 2004, sekali gus menewaskan empat finalis lain iaitu Linda, Adam, Farah dan Bob.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube