PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun menyarankan agar mana-mana selebriti atau inidvidu dikenali mendaftarkan nama mereka di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengelakkan nama diguna tanpa kebenaran bagi tujuan pemasaran.Hafiz, 42, berkata dia yang mempunyai pengalaman terlibat dengan isu penggunaan nama selebriti tanpa kebenaran ini melihat pendaftaran MyIPO sebagai satu cara melindungi diri daripada pihak yang suka mengambil kesempatan. "Kita sebagai individu yang dikenali, kalau rasa perlu melindungi nama dan imej, kita buatlah apa yang patut. Kalau perlu daftarkan dengan MyIPO sebagai trademark, maka buatlah.Hafiz tak mahu orang ambil kesempatan terhadap namanya."Saya sendiri buat dan belajar benda itu. Kalau kita tak buat nanti orang guna dan kita marah, tapi kita sendiri tak lindungi diri," katanya ketika ditemui di pelancaran album Salawat The Beloved di Kuala Lumpur pada petang Khamis.Mengulas lanjut, Hafiz berkata perjuangannya mempertahankan nama daripada disalahguna oleh sebuah syarikat tekstil sebelum ini memberi impak besar terhadap dirinya."Sebelum ni memang tidak ada akta tentang itu. Dalam mahkamah saya masih ingat, mereka kata... kita pakai nama Hafiz Hamidun ini pada kain, kita tak pakai Hafiz Hamidun yang penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun elak digelar ustaz, mahu keluar stereotaip penyanyi lagu Islamik... “Ada yang kata nasyid kena pakai kopiah”ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih wanita Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19, Hafiz Hamidun belum putus asa cari jodoh"Saya daftar nama saya sebagai hak cipta, saya dah trademark nama saya. Nama saya di kelas 40 iaitu bidang kreatif. Tekstil pula di kelas 25, jadi takkan saya nak daftar nama Hafiz Hamidun dekat semua bidang?"Kalau ikutkan, orang boleh buat apa-apa nama tapi selepas dari itu, mahkamah memutuskan semua tak boleh dan tak dibenarkan. Pada saya itulah hikmahnya," kongsinya.Dalam pada itu, Hafiz mengakui perjuangan tersebut menelan kos yang tinggi apabila dia terpaksa membelanjakan hampir setengah juta ringgit untuk mendapatkan khidmat peguam.Bagaimanapun, dia berpuas hati apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya dan berharap kes berkenaan dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Tidak ada orang lain yang boleh menggunakan nama baik orang lain.HAFIZ HAMIDUNPENYANYI/KOMPOSER"Saya perjuangkan dan saya habis duit hampir setengah juta juga untuk bayar peguam."Ketika itu saya tidak uar-uarkan tetapi keputusan mahkamah memihak kepada saya. Tidak ada orang lain yang boleh menggunakan nama baik orang lain."Bukan hanya pada artis semata-mata, tetapi personaliti, atlet, ahli politik dan orang-orang yang terkenal dan ada nama baik."Tapi saya tak mahu memanjangkan isu ini kerana semuanya sudah selesai dan ia mungkin boleh dijadikan pengajaran," luahnya.Hafiz sanggup berhabis duit demi pertahankan namanya.Pada tahun 2017, Hafiz memfailkan saman terhadap sebuah syarikat tekstil kerana menggunakan nama komersialnya tanpa kebenaran. Dia kemudiannya memenangi kes saman itu pada 2018, namun syarikat tersebut mengemukakan rayuan di mahkamah pada tahun 2020. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada tahun 2021, mengesahkan kemenangan memihak kepada Hafiz.Pada Jun lalu, kes Hafiz menjadi rujukan netizen apabila maestro muzik Datuk M.Nasir bersama syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd turut bertindak memfailkan saman terhadap sebuah syarikat berhubung dakwaan menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube