suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Hamidun elak digelar ustaz, mahu keluar stereotaip penyanyi lagu Islamik... “Ada yang kata nasyid kena pakai kopiah”

Hafiz lebih selesa mengelak gelaran seperti ustaz dan pendakwah.

PENYANYI Hafiz Hamidun memilih untuk tidak menggunakan sebarang gelaran yang merujuk dirinya sebagai figura berimej Islamik kerana menyedari panggilan itu hadir bersama tanggungjawab besar.

Menurut Hafiz, 42, dia lebih selesa mengelak gelaran seperti ustaz, pendakwah, Dai atau Imam Muda kerana tidak mahu terbeban dengan tanggapan serta harapan orang ramai.

"Sejujurnya saya tak nak orang panggil saya dengan gelaran-gelaran yang berat. Sebagai contoh ustaz, saya bukan ustaz tau!

"Bukan juga pendakwah, Dai atau Imam Muda sebab saya tahu gelaran itu datang dengan beban yang sangat berat.

Hafiz  tidak mahu imej agama dipandang serong.

"Kita pun sedia maklum banyak kes melibatkan personaliti Islamik," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Salawat The Beloved di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan kerana tidak mahu imej agama dipandang serong.

"Saya kalau boleh nak menjaga kerana tidak mahu agama kita dipandang tak elok. Saya nak pastikan apa yang saya buat ini tidak dikatakan menunggang agama.

"Memang susah sebenarnya. Apa kerja pun susah, semua bidang ada cabaran masing-masing. Cuma dalam bidang Islamik ini kita lebih banyak perkara yang perlu dijaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Konten menyerupai wanita mula dianggap hiburan, Hafiz Hamidun pesan influencer jangan terbawa-bawa ke alam realiti

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya tarik 1,000 penonton di Terengganu, Hafiz Hamidun mahu anjur Konsert Zikir Dikir di Lembah Klang

"Banyak batas pergaulan dan perkara yang perlu diberi perhatian," ujarnya.

Hafiz bagaimanapun berkata dia cuba untuk kekal realistik dan tidak meletakkan batas sehingga menjejaskan hubungan dengan orang lain, terutama dalam urusan kerja.

"Saya berkawan dengan semua orang. Saya tak pernah nak kata... Oh, kau macam ini, aku tak nak kawan. Kalau boleh saya nak berkawan dengan semua orang sebab kita nak bekerjasama dan faham matlamat masing-masing.

"Saya memang bekerja dalam bidang hiburan dan muzik. Kalau boleh, saya nak apa yang saya buat ini memberi sedikit sebanyak kesan kepada orang lain.

"Memang benda ini tidak senang, tetapi saya juga tak kata ia terlalu susah sebab saya sudah lama dalam bidang ini. Saya faham apa yang orang mahukan dan cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan kontroversi," kongsinya.

Hafiz melancarkan album Salawat The Beloved.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia cuba keluar daripada stereotaip bahawa penyanyi nasyid atau penggiat muzik berunsur Islamik perlu sentiasa tampil dengan imej tertentu.

"Nanti ada pula yang kata, ‘Kenapa tak pakai kopiah?’ Ada juga yang marah, kata nasyid kena pakai kopiah.

"Tapi saya kata tak semestinya. Boleh sahaja macam itu. Saya cuba nak keluarkan diri daripada stereotaip.

"Mungkin orang lain ada pilihan mereka, saya pula ada gaya saya sendiri dan saya cuba buat yang terbaik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain