suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Intan Najuwa pemurah, selalu beli jualan peniaga kecil... “Tak pernah balik rumah tangan kosong”

Suami Intan Najuwa suka membantu peniaga kecil.

PELAKON Datin Intan Najuwa mendedahkan sifat pemurah suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang prihatin dan sentiasa menyokong peniaga kecil.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahab, 29, memberitahu suaminya itu sering membeli jualan peniaga kecil dan membawa pulang ke rumah. 

"Suami saya tak pernah balik rumah dengan tangan kosong. Dia akan sentiasa beli sesuatu daripada peniaga-peniaga kecil di luar sana.

Hantaran Intan di halaman Threadsnya. 

"Walaupun nilainya bukan dalam jumlah yang besar, dia tetap akan cuba membantu dengan apa cara sekalipun," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Khamis. 

Dedah Intan, sifat yang cuba ditunjukkan Ahmad Azraf itu merupakan keperibadiannya sendiri sejak dahulu hanya semata-mata untuk melihat orang lain ceria. 

"Memang itulah sikap diri dia yang sebenar dan sentiasa cuba untuk ceriakan hari seseorang menjadi lebih baik," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lega dah bersalin, Intan Najuwa tak sabar ‘comeback’ berlakon... Anak-anak dah ada penjaga

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa timang cahaya mata kedua, pilih nama Imane Laudya

Menerusi hantaran sama, Intan turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama suami. 

Tangkap layar berkenaan memunjukkan tindakan Ahmad Azraf yang memborong nasi lemak berharga RM1 dalam kuantiti yang banyak semata-mata mahu membantu peniaga terbabit.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen yang rata-ratanya memuji sifat pemurah ditunjukkan oleh suami Intan. 

Ramai memuji sikap pemurah suami Intan. 

"Alhamdulillah bantu peniaga kecil sebab mereka ini menjual untuk hidup makan harian mereka. 

"Semoga makin ramai orang yang seperti ini. Terima kasih Datuk!" kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain