PELAKON Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, meluahkan rasa teruja dengan kelahiran bayi perempuan yang diberi nama sebagai Imane Laudya.Intan (kiri) dan Azraf bernikah pada 18 Ogos 2023. "Selamat datang ke dunia, puteri kecil kedua kami yang sangat berharga, Imane Laudya," tulisnya ringkas. Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa teruja bakal timang ‘baby girl’ kedua... “Good luck daddy”ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa jelaskan salah faham, bukan pertikai kelahiran czer... Cuma minta tip ibu bersalin VBACDalam perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik foto bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman dan bayi mereka ketika berada di hospital. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!