suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalaluddin Hassan teruja sertai Kilauan Emas, tak sangka dapat ‘green light’ Tok Ram

Jalaluddin dianggap persaing hebat KES2026.

PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan teruja apabila menerima kata-kata semangat daripada Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram mengenai penyertaannya dalam program realiti nyanyian, Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).

Jalaluddin, 72, berkata dia mengambil masa untuk memberikan jawapan sebelum bersetuju menyertai program berkenaan selepas berbincang dengan beberapa rakan.

Menurutnya, dia pada awalnya tidak berani berbincang lebih lanjut dengan Tok Ram kerana pengarah muzik berkenaan pernah berseloroh bahawa dirinya mungkin tersingkir seawal minggu pertama sekiranya menyertai program nyanyian.

Jalaluddin (kiri) bersama Tok Ram berkawan baik.

“Saya lama nak bagi jawapan, bukan terus terima. Saya macam yakin tak yakin. Saya ada berbincang dengan Roy Azman, tapi tak berani bincang dengan Tok Ram sebab dia pernah kata kalau saya masuk, minggu pertama sudah tersingkir. Tapi saya tahu dia bergurau.

“Bila Tok Ram dapat tahu, dia memang nak saya masuk. Bila dia cakap macam itu, saya terkejut. Selama ini dia bergurau dengan saya ke? Saya masih simpan WhatsApp dia,” katanya kepada mStar.

Katanya, sokongan daripada Tok Ram sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepadanya untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian yang sebenarnya sudah diminati sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat restu jadi artis, Jalaluddin Hassan pernah ‘dicop’ malukan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lari tapi arahan SPRM ikut pintu belakang... Jalaluddin Hassan disiasat 3 jam

“Dari kecil saya memang minat nyanyian, tapi semuanya sudah berubah apabila jiwa saya fokus pada lakonan. Saya tak tahu kenapa.

“Tapi Allah kembalikan balik niat asal itu untuk terlibat dalam Kilauan Emas ini. Saya tak tahulah macam mana nasib saya nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata dia sudah menyimpan beberapa hasrat untuk membawakan lagu kegemarannya, termasuk lagu berbahasa Inggeris dan Hindustan.

Bagaimanapun, dia sedar lagu Hindustan bukan mudah untuk dinyanyikan, khususnya dari segi sebutan dan lenggok.

Teguran itu untuk pastikan semua bunyi dan sebutan itu sebaik mungkin.

DATUK JALALUDDIN HASSAN

PELAKON

“Macam yang kita tahu, lagu Hindustan memang susah nak nyanyi, tapi saya akan cuba. Yang susah tentang lagu ini ialah sebutannya.

“Semua orang boleh nyanyi, tetapi sama ada kita rosakkan lagu itu atau syok sendiri, itu yang kita kena fikir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jalaluddin juga berpegang kepada pesanan Allahyarham bapanya yang pernah menegur cara nyanyiannya ketika membawakan lagu Hindustan.

Katanya, bapanya pernah mengingatkan supaya lagu orang lain dinyanyikan dengan betul dan tidak dirosakkan.

Jalaluddin pegang pesanan bapa.

“Saya pernah nyanyi lagu Hindustan depan dia. Dia tegur, kalau nak nyanyi lagu Hindustan, kena bunyi Hindustan, jangan bunyi Melayu.

“Jadi saya gunakan teguran itu untuk pastikan semua bunyi dan sebutan itu sebaik mungkin,” kongsinya.

KES2026 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama tujuh minggu bermula 22 Ogos 2026.

Program berkenaan disiarkan setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain