PELAKON Amyza Aznan meluahkan rasa buntu mengenai masalah kesihatan anaknya, Adrian Adam yang sebelum ini disahkan menghidap kanser sarkoma atau kanser tulang.Amyza, 50, berkata Adrian sekali lagi menjalani ujian bagi mengenal pasti jenis kanser yang dihidapinya selepas bengkak pada kaki anaknya itu tidak surut walaupun sudah menerima rawatan. “Keputusan ujian tidak menunjukkan kanser tulang. Kami buntu dan berteka-teki mengenai kanser yang menyerang anak saya.Keadaan kaki Adrian yang membangkak.“Sebab keputusan terkini, doktor memberitahu ia memang kanser tetapi bukan kanser tulang kerana tidak dikesan langsung pada tulang.“Setiap kali rawatan, ada ketika bengkaknya menjadi lebih teruk dan membesar. Kami benar-benar tidak pasti kanser apa yang menyerang,” katanya kepada mStar.Menurut Amyza, buat masa ini mereka hanya mampu mengharapkan keajaiban selain terus berdoa dan berusaha mendapatkan rawatan terbaik buat Adrian.“Jadi apabila ditanya tentang perkembangannya, saya tak tahu nak menjawab macam mana. Kita hanya mengharapkan keajaiban.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Itu saja penawar rindu saya“ - Enam bulan berlalu, Amyza Aznan masih hantar mesej ke nombor telefon arwah anakARTIKEL BERKAITAN: Anak Amyza Aznan jalani prosedur baharu rawatan kanser tulang“Kalau nak kongsi pun tentang perkembangan Adrian, tidak ada apa yang seronok untuk dikongsi. Kadang-kadang dalam seminggu itu, bengkak hanya turun 0.1 sahaja, tidak banyak,” ujarnya.Dalam pada itu, Amyza yang turut menyertai program Kilauan Emas Selebriti 2026 berkata dia akan sedaya upaya mengatur masa bagi memastikan penyertaannya dalam program berkenaan tidak menjejaskan jadual rawatan Adrian.Jelasnya, keputusan menyertai program tersebut turut mendapat sokongan daripada Adrian yang mahu ibunya memperoleh semangat baharu menerusi cara yang berbeza.“Jadual rawatan Adrian terlalu padat dan kadang-kadang bercanggah dengan program ini. Mahu atau tidak, saya kena atur masa sebaiknya.Adrian sokong Amyza sertai Kilauan Emas Selebriti.“Kalau ikutkan memang saya tak nak, saya cuma mahu fokus kepada Adrian kerana dia lebih memerlukan saya dan sayalah yang memantau rawatannya.“Tapi dia benarkan saya sertai, mungkin disebabkan dari segi semangat. Terlalu lama saya tidak membantu dia,” kongsinya.Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan anak keduanya itu disahkan menghidap kanser tulang, kira-kira setahun selepas anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, bertarung melawan kanser paru-paru.Allahyarham Andre meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!