suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Datuk M. Nasir hanya bergurau“ - Aliff Aziz ulas gelaran aktor kedua terkacak, rezeki pertama kali buat teater

Aliff terhibur dengan gurauan M. Nasir.

PELAKON Aliff Aziz menganggap pengumuman yang melabelnya sebagai aktor kedua terkacak di Malaysia adalah sekadar gurauan maestro muzik Datuk M. Nasir.

Enggan memandang serius, Aliff, 35, sebaliknya percaya pernyataan itu sebenarnya tertumpu kepada watak Sultan Mansur dalam pementasan muzikal Mansur & Liu agar dapat dijayakannya dengan baik.

“Taklah, saya rasa Datuk M. Nasir hanya bercanda dan bergurau sahaja. Tapi bagi saya, ia lebih kepada fokus bagaimana saya nak hidupkan karakter ini.

Aliff akan bergandingan dengan Melinda Dadew dalam pementasan Mansur & Liu.

“Ia mengenai rupa karakter itu, macam mana dia sepatutnya nampak dan sebagainya.

“Mungkin pada pandangan Datuk M. Nasir dan Datin Marlia, saya mempunyai rupa yang mereka inginkan untuk watak Sultan Mansur dalam lensa mereka,” katanya kepada mStar.

Menurut Aliff, dia turut melalui proses uji bakat sama seperti calon lain sebelum dipilih menggalas watak utama dalam pementasan berkenaan.

Malah, dia mengakui pada awalnya berasa ragu-ragu dengan kemampuan diri memandangkan ini merupakan pengalaman pertamanya terlibat dalam pementasan teater.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pelakon kedua paling tampan di Malaysia” - M. Nasir dedah sebab pilih Aliff Aziz terajui ‘Mansur & Liu’

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tolak sebab ada dia“ - Uqasha Senrose tiada masalah bergandingan, hormat rezeki Aliff Aziz

“Ini merupakan pembabitan pertama saya dalam bidang pementasan. Ketika pertama kali ditawarkan untuk pergi uji bakat, saya agak ragu-ragu kerana ini perkara baharu untuk saya.

“Adakah saya boleh memberikan yang terbaik kepada watak tersebut? Kerana ini adalah satu pementasan yang sangat besar.

“Macam Datuk M. Nasir kata, ini adalah hasil kerja selama enam tahunnya,” ujarnya.

Satu perkara yang sangat besar dan mendebarkan.

ALIFF AZIZ

PELAKON/PENYANYI

Kata Aliff, proses uji bakat yang dijalani turut melibatkan beberapa aspek termasuk nyanyian dan pergerakan sebelum dia diberikan kepercayaan untuk membawa watak Sultan Mansur.

“Uji bakat itu melibatkan nyanyian, pergerakan dan sebagainya. Ia akan jadi satu perkara yang sangat besar dan mendebarkan.

"Sudah tentu sesiapa pun akan rasa macam itu," kongsinya.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai teraju utama, Aliff mengakui sukar untuk menjelaskan faktor sebenar yang menyebabkan dia dipilih selain menganggap peluang tersebut sebagai rezeki.

Datuk M. Nasir bersama barisan pelakon teater Mansur & Liu.

“Bagi saya, saya tak tahu macam mana nak terangkannya selain ia adalah rezeki untuk saya.

“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Datuk M. Nasir dan juga Datin Marlia Musa kerana memberi saya kepercayaan untuk memainkan watak utama dalam pementasan muzikal Mansur & Liu,” katanya.

Selain Aliff, teater muzikal Mansur & Liu turut dibintangi Sherry Alhadad, Melinda Dadew, Amerul Affendi, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan dan Fadhli Masoot.

Pementasan Mansur & Liu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain