PENYANYI dan komposer Datuk M. Nasir mendedahkan Aliff Aziz dipilih sebagai teraju utama teater muzikal arahannya, Hikayat Mansur & Liu kerana aktor itu dianggap memiliki pakej lengkap sebagai pelakon dan penyanyi.Selain bakat lakonan dan vokal yang dimiliki, M. Nasir turut berseloroh ketampanan Aliff juga menjadi antara faktor membuatkan aktor berkenaan mencuri perhatiannya. “Kalau tanya kenapa saya pilih Aliff, itu kami ada sebab-sebab kami sendirilah.M. Nasir berkongsi pendapat pemilihan Aliff. “Tapi kalau kita tengok daripada persembahan mereka ketika uji bakat, mereka memang sangat sesuai dengan watak ini.“Kenapa saya pilih Aliff? Kerana dia adalah pelakon kedua paling tampan di Malaysia,” katanya kepada mStar.M. Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Hikayat Mansur & Liu yang berlangsung di Istana Budaya pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: M Nasir kagumi karya klasik, rakam semula lagu Melayu pertama untuk projek ‘100 Lagu 100 Tahun’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz kunci mulut status diri, mahu jadi lelaki lebih baik - “Bukan saya play victim”Dalam pada itu, M. Nasir menjelaskan Aliff tetap menjalani proses uji bakat seperti calon lain sebelum dipilih membawakan watak utama.Malah, pemilihan dibuat berdasarkan beberapa kriteria penting termasuklah kebolehan berlakon dan menyanyi memandangkan teater muzikal memerlukan pelakon yang benar-benar versatil.“Ramai pelakon berbakat tetapi tidak memenuhi semua kriteria, terutama dari segi nyanyian. Bukan perangai saya cerewet, tetapi memang perluDATUK M. NASIR PENYANYI/KOMPOSER “Sebab itu saya memang kena cerewet. Bukan perangai saya cerewet, tetapi memang perlu. Kalau tidak nanti kita menyesal.“Sudah tentu akan ada orang yang tidak puas hati, tetapi kami cuba mencari pelakon yang paling hampir dengan watak yang kami bayangkan dan Aliff adalah orangnya,” ujarnya.Sementara itu, M. Nasir yang pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah teater berkata hasrat untuk mementaskan karya tersebut sudah dipendam sejak enam tahun lalu sebelum akhirnya menjadi kenyataan.Berkongsi mengenai persiapan menjelang pementasan, M. Nasir mengakui dia masih belum merasakan debaran itu.Aliff diberi kepercayaan memegang watak utama dalam teater Hikayat Mansur & Liu. “Belum lagi. Orang kata kalau tak gemuruh, tak bagus. Tapi biasanya perasaan itu datang pada saat-saat akhir.“Saya tengok perkembangan sekarang, nak cari pelakon untuk teater muzikal memang sangat susah di Malaysia sebab kita tidak dilatih ke arah itu. Kebanyakannya penyanyi bukan pelakon, manakala pelakon pula bukan penyanyi,” katanya.Selain Aliff, teater muzikal Hikayat Mansur & Liu turut dibintangi Sherry Alhadad, Melinda Dadew, Amerul Affendi, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot serta barisan pelakon lain.Pementasan Hikayat Mansur & Liu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!