suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat patah hati menangis dua malam, Aisha Retno bengang lagu ‘Tak Adil’ dituduh guna AI

Aisha luah rasa bengang apabila dituduh guna AI untuk cipta lagu.

BENGANG lagu Tak Adil dituduh dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), penyanyi Aisha Retno tampil mempertahankan hasil karyanya itu.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata tuduhan tersebut bukan sahaja menggores hatinya, malah seolah-olah menafikan segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan ketika menghasilkan lagu berkenaan.

"Penat-penat menangis dua hari dua malam, dua jam dua saat dapat inspirasi tulis lagu daripada pengalaman patah hati.

Luahan yang dibuat Aisha berkenaan tuduhan netizen.

"Lepas itu adik pula tarik saya masuk studio. Kami tulis lagu ketika sama-sama sedang patah hati, sampai demam-demam rakam demo pukul 3 pagi.

"Sekarang dah nak masuk AJL40 (Anugerah Juara Lagu ke-40), rasa macam nak buat sambal bilis pula sesiapa yang anggap lagu-lagu saya dibuat menggunakan AI," katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Aisha turut memuat naik tangkap layar memaparkan komen seorang netizen yang mendakwa lagu Tak Adil dihasilkan menggunakan teknologi AI.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk sangat sampai lupa hari lahir, Aisha Retno fokus kerjaya belum fikir soal kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk itu tidak..." - Danial Chuer sibuk dengan pengajian, tunggu lagu duet Aisha Retno

Tegas Aisha, dia  sendiri tidak mahir menggunakan aplikasi atau perisian AI untuk menghasilkan lagu sekali gus menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas.

Pun begitu, tuduhan tersebut tidak sedikit pun mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk memberikan persembahan terbaik di pentas AJL40.

"Nak pakai aplikasi atau software itu pun saya tak reti tau.

"Tak apa, kita teruskan perjuangan. Tinggal lapan hari lagi... saya memang gementar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain