TERLALU sibuk membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Aisha Retno mengakui terlupa hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu lalu.Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, dia hanya menyedari tarikh istimewa itu selepas menerima pelbagai ucapan daripada peminat menerusi media sosial. Bersempena pertambahan usia, Aisha berkata, fokus utamanya ketika ini adalah untuk terus aktif dalam industri muzik dan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sebelum memikirkan soal mendirikan rumah tangga.Aisha mahu kerjaya dahulu sebelum kahwin."Mungkin ada yang kata umur 26 tahun adalah usia yang sesuai untuk berkahwin. Tapi saya masih mahu aktif dalam industri muzik."Bukan nak kata bila dah kahwin tak boleh, cuma saya lebih ingin fokus kepada kerjaya dahulu. Kalau sudah sampai waktunya, Insya-Allah saya akan melangkah ke arah itu."Buat masa ini memang fokus saya adalah kerjaya. Saya juga menanam impian untuk melebarkan sayap bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga ke negara-negara jiran dengan lebih kerap," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk itu tidak..." - Danial Chuer sibuk dengan pengajian, tunggu lagu duet Aisha RetnoARTIKEL BERKAITAN: [V] Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’Bagaimanapun, Aisha tidak menolak soal jodoh kerana menganggap ia tetap menjadi sebahagian daripada perancangan hidupnya pada masa hadapan."Buat masa sekarang memang belum terfikir lagi. Tapi bila umur dah 26 tahun, kita kena fikir jauh dan buat perancangan jangka panjang."Sudah tentu mendirikan rumah tangga ada dalam senarai impian saya. Bukan saya menolak idea itu, cuma buat masa ini saya belum memberi fokus ke arah tersebut," ujarnya.Dalam pada itu, Aisha berharap pertambahan usia akan menjadikannya seorang individu yang lebih baik selain terus memperbaiki diri dalam setiap aspek kehidupan.Aisha mahu menjadi lebih baik untuk usianya yang ke 26."Resolusi saya adalah untuk menjadi versi yang lebih baik daripada semalam tanpa meninggalkan versi diri saya yang dahulu."Saya hanya mahu memotivasikan diri untuk menjadi seorang yang lebih sabar, tenang dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran yang mendatang."Ke hadapan, bukan hanya perkara yang baik, tetapi juga pengalaman yang kurang baik akan saya jadikan sebagai pengajaran," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!