suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’

Aisha seronok dapat jadi diri sendiri.

AKTIF berinteraksi di platform Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pandangan tersendiri terhadap tanggapan segelintir pihak yang menganggap aplikasi berkenaan sebagai ruang toksik.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia menikmati pengalaman menggunakan medium itu kerana dapat berinteraksi secara santai dengan peminat selain menampilkan sisi dirinya yang sebenar.

"Sebenarnya saya buat Threads untuk mempromosikan lagu Jodoh Lebaran. Awalnya saya guna tanpa bimbingan sesiapa dan teroka sendiri.

Aisha ramah melayan peminat di Thread.

"Masa mula-mula guna, kandungan yang muncul semuanya kelakar. Jadi saya pun cuba ikut serta dan jadi kelakar juga. Sebab itu saya rasa Threads adalah platform yang sangat menyeronokkan," katanya kepada mStar.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya  berjudul Diari Air Mata yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Aisha, platform tersebut turut mengeratkan hubungannya dengan peminat kerana ramai tidak mengenali personaliti sebenar dirinya yang gemar bergurau.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedih dah tak mampu nyanyi 'whistle notes', sekarang bunyi macam cerek

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur salah pakai busana tradisi kaum Iban, Aisha Retno tampil mohon maaf

"Mungkin ada yang tak tahu, saya sebenarnya suka melawak dan agak 'ting-tong' sedikit. Jadi di situ saya hanya jadi diri sendiri.

"Kadang-kadang kita dah penat menyanyi, jadi kita mahu lebih intim dan dekat dengan peminat," ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha mengakui pernah mendengar pelbagai persepsi negatif mengenai Threads sebelum ini, namun pengalaman peribadinya jauh berbeza.

Memang saya pegang sendiri akaun itu.

AISHA RETNO

PENYANYI

"Kalau ikut apa yang saya dengar, memang ada yang kata Threads toksik. Tapi sepanjang saya berada di sana, kebanyakannya kelakar dan membina.

"Mungkin ada satu dua komen yang kurang menyenangkan, tetapi itu perkara biasa. Orang bebas memberikan pendapat masing-masing. Selagi ia tidak mengganggu hidup saya, saya layan sahaja," katanya.

Malah, gelaran 'Ratu Kacip' yang diberikan peminat di Threads juga tidak menimbulkan sebarang rasa kurang senang buat penyanyi berkenaan.

Aisha rupanya seorang yang kelakar.

Sebaliknya, Aisha berkata dia selesa dengan personaliti yang dipaparkan kerana akaun tersebut dikendalikan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

"Memang saya pegang sendiri akaun itu dan saya rasa itulah bahagian yang paling best. Kita boleh jadi diri sendiri.

"Ada juga yang tanya, 'Aisha kenapa kacip sangat?' Tapi bagi saya, selagi kita tahu batas dan apa yang kita lakukan itu boleh menghiburkan orang dengan sisi kita yang bukan sebagai penyanyi, kenapa tidak?" kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain