PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim menegaskan dia tidak akan berdiam diri selepas pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan terhadapnya termasuk mencemarkan nama baik suami sejak kebelakangan ini.Menurut Sarimah, 48, tindakan undang-undang yang diambil adalah bagi mempertahankan reputasinya sepanjang hampir tiga dekad bergelar anak seni. "Saya sebenarnya sangat kecewa kerana terlalu banyak serangan yang tidak berasas terhadap integriti saya, yang secara tidak langsung memberi kesan emosi kepada keluarga.Sarimah tegas untuk bertindak. "Saya membina nama dengan kerja keras dan prinsip yang jelas selama hampir tiga dekad. Saya tidak boleh membiarkan reputasi saya dicalarkan oleh maklumat salah yang sengaja diada-adakan."Reputasi adalah aset paling berharga dalam kerjaya saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankannya, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga demi kualiti industri seni yang saya cintai," katanya ketika dihubungi mStar.Juri tetap Talk To My Manager ini berkata, serangan terhadap dirinya bermula kira-kira dua minggu lalu susulan isu penarikan tayangan filem Konspirasi sebelum ia berkembang menjadi serangan peribadi serta fitnah yang tidak berasas.ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah masih menunggu jawapan punca 'Konspirasi' dihentikan tayangan... "Saya pelakon nak tahu sebab"ARTIKEL BERKAITAN: Penting kemahiran mendengar, Sarimah Ibrahim nasihat pelakon jangan ego lontar dialogMalah, dia juga menjelaskan tindakan undang-undang tersebut tiada kaitan dengan isu melibatkan keluarganya seperti yang didakwa sesetengah pihak.Menurut Sarimah, dia berhak mempertahankan reputasinya daripada fitnah yang bermula daripada urusan kerja seni, namun kini telah melampaui batas sehingga mengaitkan kehidupan peribadi terutama keluarga besar suaminya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, kerabat diraja Negeri Sembilan."Saya tidak pernah bergantung pada gelaran yang diberikan untuk berdiri teguh dalam kerjaya saya. Tetapi saya amat menghormati keluarga suami saya serta menghargai segala aturan dan tradisi keluarga," ujarnya. Saya tidak boleh membiarkan reputasi saya dicalarkan oleh maklumat salah yang sengaja diada-adakanCHE PUAN SARIMAH IBRAHIMPELAKON/PENGACARADalam pada itu, Sarimah berkata kenyataan rasmi pihak peguam yang dikeluarkan merupakan amaran keras kepada individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.Tambahnya lagi, dia bersama peguamnya kini sedang memantau beberapa akaun media sosial dan individu yang dikenal pasti aktif menyebarkan fitnah serta kebencian terhadap dirinya."Kami kini dalam proses mengumpul serta memelihara segala bahan bukti, selain memantau rapi setiap perkongsian atau hantaran semula yang mengandungi unsur fitnah.Kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam mewakili Sarimah. "Kami masih memberi peluang kepada pihak terbabit untuk menghentikan perlakuan ini dengan segera. Bagaimanapun, jika gangguan dan fitnah ini berterusan, saya tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan saman di mahkamah bagi menuntut remedi yang sewajarnya demi melindungi hak dan reputasi saya," kongsinya.Sebelum ini, menerusi hantaran di Threads, Sarimah memuat naik kenyataan rasmi peguam yang mewakilinya daripada firma guaman Arif Azmi & Co yang akan mengambil tindakan undang-undang susulan tuduhan palsu, kenyataan berbaur fitnah serta gangguan yang didakwa ditujukan terhadapnya di media sosial.Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelesaikan isu yang dihadapi anak guamnya secara tertutup, namun perkara itu masih berlarutan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!