suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarimah masih menunggu jawapan punca 'Konspirasi' dihentikan tayangan... "Saya pelakon nak tahu sebab"

Sarimah gesa jawapan sebenar daripada penerbit.

PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim menuntut penjelasan penerbit bagi memberikan jawapan sebenar punca filem Konspirasi dihentikan tayangan selepas seminggu di pawagam. 

Menurut Sarimah, 48, kenyataan yang dikeluarkan produksi iaitu Elepgfilm Entertainment dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak menjawab persoalan ramai. 

"Apabila dihentikan tayangan, kita bukan nak kata kecewa tapi kita tertanya. Itu yang saya nak tahu, kenapa? Sebab kita tak dapat jawapan. 

"Ada yang suruh tanyalah produser sendiri semua, kita sudah tanya tapi kita tak dapat jawapan. Kenapa ya semua ni berlaku tapi dekat Singapura masih lagi ditayangkan. 

Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Hanya produser saja boleh menjawab persoalan itu. Kita pun menunggu sampai sekarang jawapan (yang sebenar). Kalau kita dapat tahu, mungkin senang sikit lah," katanya kepada mStar. 

Sarimah berkata demikian ketika ditemui semasa program Talk To My Manager musim kedua di auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. 

Ditanya adakah Konspirasi dihentikan tayangan kerana kutipan rendah, Sarimah tidak dapat menjawab mengenai dakwaan tersebut.

Sebaliknya dia meminta penerbit sendiri tampil mengulas mengenai kontroversi berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Penerbit sendiri minta tamatkan tayangan Konspirasi" - Finas

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Konspirasi mohon henti sebarang spekulasi, keputusan tamat tayangan tiada pengaruh luar

 

"Saya tak tahu sebab bukan produser. Saya pelakon dan pastinya nak tahu sebab.

"Kenyataan yang kami dapat sama seperti penjelasan pihak penerbit kepada umum. Memang kecewa dan situasi ini ibarat kami buat tugasan tetapi tidak dinilai dan ditarik begitu sahaja," ujarnya. 

Di sebalik isu yang timbul ini, pelakon filem Pewaris Susuk itu bagaimanapun berkata dia tidak pernah serik untuk kembali bekerjasama dengan produksi dan penerbit berkenaan. 

Filem Konspirasi dihentikan tayangan selepas seminggu. 

"Kita tak pernah serik selagi kita tak tahu kenapa. Kita sudah dengar kenyataan dari pihak Finas, produser, tapi kenyataan tidak menjawab soalan. 

"Saya sudah 29 tahun kat sini, dan saya memang seorang yang jujur. Kalau saya diam nampak macam pelik sebab kita dah penat promosi dan kita dah aturkan promosi," ujarnya. 

Sebelum ini, Sarimah dan beberapa pelakon filem berkenaan tampil meluahkan rasa kecewa apabila nashkah tersebut dihentikan tayangan selepas seminggu. 

Saya pelakon dan pastinya nak tahu sebab.

CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM

PELAKON

Tampil menjelaskan keputusan tersebut, Finas berkata keputusan itu dibuat oleh syarikat penerbitan sendiri tanpa melibatkan arahan mana-mana pihak. 

Dalam pada itu, Elepfilm Entertainment berkata keputusan itu dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat dan bukan sebagai strategi publisiti atau pemasaran.

Pada Ahad lalu, Elepfilm Entertainment tampil menjelaskan yang keputusan itu bukannya dipengaruhi mana-mana pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain