suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nas-T kata tak perlu 'bash', penonton beli tiket ada hak menilai filem

Nas-T harap lebih ramai sokong filem tempatan.

PELAKON Nas-T berpendapat orang ramai tidak seharusnya mengecam atau menyerang mana-mana penonton yang bertindak memberikan penilaian yang rendah terhadap sesebuah karya filem tempatan.

Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 42, setiap penonton mempunyai hak tersendiri untuk menilai memandangkan mereka telah mengeluarkan duit untuk membeli tiket.

"Sebenarnya nak bagi penilaian berapa pun itu hak masing-masing sebab dah beli tiket kan? 

Hantaran Nas-T di Threads. 

"Tak perlu kita nak bash (marah) orang itu sebab bagi rendah (rating untuk filem itu)," katanya dalam satu hantaran di Threads miliknya. 

Sebagai seorang anak seni, Nas-T menjelaskan bahawa kehadiran penonton ke panggung wayang untuk menyokong filem tempatan sudah pun memadai.

Malah sebagai penggiat seni, tindakan mereka membeli tiket dan menonton itu merupakan satu bentuk sokongan yang perlu dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gerun lihat dalam persalinan Keluang Man, Nas-T kini bangga anak anggapnya ‘superhero’

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai spender pada muka, Nas-T jadi bahan ketawa kru ‘Keluang Man’

"Bagi kami pembikin filem,membeli tiket dan menonton itu dah cukup dan kami sangat hargai," ujarnya. 

Dalam pada itu, pelakon filem Air Force The Movie ini turut menitipkan pesanan buat peminat agar tidak mudah melatah atau terpengaruh dengan ulasan negatif orang lain. 

Sebaliknya, Nas-T menyeru orang ramai untuk terus memberikan sokongan kepada industri seni tanah air dan membuat penilaian secara adil selepas selesai menonton.

"Kepada yang belum lagi tonton, jangan terpengaruh dengan rate orang kalau ada rasa nak pergi tonton. Lepas dah tonton tu,nilai lah sendiri. Sokong lokal," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain