DUA pasangan ibu dan anak terselamat daripada tersingkir di minggu ketujuh program realiti nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung pada malam Ahad.Pasangan tersebut ialah Anggrek serta pengurusnya Adira dan Azeva bersama Datuk A Aida. Dua peserta ini layak meneruskan saingan seterusnya apabila diselamatkan oleh juri dan penaja utama. Persembahan Kim juga gagal mendapat perhatian juri sekali gus berada di tangga tiga terakhir.Anggrek terselamat melalui golden card yang digunakan oleh juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal manakala Azeva pula mendapat imuniti Eskayvie. Pada malam tersebut, Anggrek menyampaikan lagu Golden nyanyian Huntrix dan Azeva punya menerusi lagu Sial (Mahalini). Pengumuman itu sekaligus melayakkan ketujuh-tujuh pasangan berentap pada minggu suku akhir. ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine, Ratu tersingkir… Persembahan nyaris ‘tenggelam’ARTIKEL BERKAITAN: Fazley reda Fariedz tersingkir TTMM2, bangga anak keluar bermaruah tanpa kontroversiPeserta lain yang meneruskan saingan ialah Viviana bersama pengurusnya iaitu Ani Maiyuni, Cik B (Datuk Seri Vida), Kim Khairii (Safura). Selain itu, Hussain anak kepada Jamilulhayat dan Ammara (Pak Azad). Sementara itu, Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu ketiga menjadi milik Cik B dan Datuk Seri Vida. Bagi Manager Paling Perform mingguan pula adalah milik bapa kepada Hussain iaitu Jamilul Hayat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!