PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob reda apabila dia bersama anaknya, Fariedz Fazley menjadi peserta kedua tersingkir dalam program Talk To My Manager (TTMM2) pada malam Ahad.Fazley, 48, berkata dia menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada peminat yang rata-rata kecewa dengan penyingkiran tersebut, malah ada yang beranggapan ketiadaan kontroversi atau isu panas menjadi punca Fariedz tersingkir. Tidak menolak bahawa drama sensasi mampu membantu seseorang artis lebih dikenali, Fazley bagaimanapun berkata sebagai bapa dan pengurus, dia lebih selesa melihat anaknya membina kerjaya secara bersih tanpa gimik murahan.Fazley bangga dengan kemajuan anaknya."Saya jaga anak saya macam saya jaga diri sendiri. Fariedz faham dia perlu jaga privasi dan tidak perlu cipta cerita kontroversi."Dia pun bukan jenis keluar bersosial sangat. Saya lebih bahagia sebagai seorang ayah dan pengurus apabila tengok artis saya bebas daripada kontroversi," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Fazley, apa yang lebih membanggakan adalah Fariedz tersingkir dalam keadaan bermaruah selain masih menerima sokongan ramai.ARTIKEL BERKAITAN: “Buat konsert bukan macam masak ayam gepuk” - Fazley Yaakob tegur netizen bandingkan suara penyanyi lama dengan zaman mudaARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob terima banyak DM foto ketiak daripada wanita… “Mereka tanya bersih atau tidak”"Bila Fariedz keluar semalam, dia keluar bermaruah dan saya tengok ramai sangat yang DM kepada Fariedz dan saya untuk beri kata semangat."Saya kata dekat Fariedz, tak apa kita keluar ketika orang masih menyokong. Itu yang saya bangga," ujarnya.Berkongsi mengenai perancangan selepas ini, Fazley memberitahu perjalanan seni Fariedz tidak terhenti di situ memandangkan anaknya sudah menerima tawaran kontrak rakaman dan bakal menjalani rakaman single baharu tidak lama lagi. Single Fariedz akan dilancarkan bersama single baharu saya.FAZLEY YAAKOBPENYANYI/CEF SELEBRITI"Selepas program ini selesai, kami kembali kepada perancangan asal sebab Fariedz memang sudah dapat tawaran menjadi artis rakaman sebelum TTMM2 lagi."Ada individu dari luar Malaysia tawarkan kontrak rakaman sebagai penyanyi solo selepas lagu ciptaan Fariedz tular dalam kalangan pelajar sekolah tahun lalu."Jadi kami akan rakam lagu itu dan insya-Allah single Fariedz akan dilancarkan bersama single baharu saya," kongsinya.Fazley dan Fariedz sudah ada perancangan masa depan.Dalam masa sama, Fazley turut memaklumkan Fariedz akan melanjutkan pengajian pada Ogos depan selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan."Dia akan sambung Foundation in Science sebab cita-cita dia mahu jadi doktor. Dengan keputusan yang cemerlang, dia boleh masuk kursus yang dia nak."Dia juga masih aktif sebagai cef. Jadi sekarang dia akan teruskan tiga perkara serentak iaitu menyanyi, sambung belajar dan bidang masakan, sama macam saya," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!