PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada wanita yang menghantar gambar ketiak bagi mendapatkan pandangannya mengenai tahap kebersihan diri.Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata perkara itu berlaku selepas kenyataannya di media sosial menjadi perhatian ramai. Kata Fazley, dia tidak menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang berunsur lucah, sebaliknya sekadar pertanyaan berkaitan kebersihan diri.Fazley terbuka berkongsi pendapat di Threads."Saya menerima banyak DM wanita menghantar gambar ketiak dan tanya ketiak mereka bersih tak?"Saya pun tak tahu nak komen apa, DM saya memang banyak gambar ketiak wanita yang dihantar tetapi saya lihat ia bukan satu isu seksual kerana mereka tidak bertanya soalan seksual."Mereka hanya bertanya tetapi saya tidak menjawab ya atau tidak kerana isu ini sangat sensitif," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Mesej nakal lumrah sebagai selebriti, Fazley Yaakob belum tutup hati kahwin lagiARTIKEL BERKAITAN: Ramai tawar diri mahu jadi ‘Datin’ tapi Fazley Yaakob tak terfikir kahwin lagiDalam pada itu, Fazley menjelaskan kebanyakan perkongsiannya di platform Threads adalah berdasarkan kisah benar yang dikongsikan individu lain dan bukan melalui pengalaman peribadi. "Kebanyakan perkongsian saya di Threads adalah daripada kisah benar tentang masalah yang dihadapi segelintir individu. "Saya tidak pernah melontarkan perkara peribadi kepada umum jadi kalau saya kongsi itu bukan pengalaman sendiri. Cuma apa yang saya kongsikan tentang wanita yang saya pilih mestilah ketiak putih dan bersih itu adalah satu keperluan. Saya menerima banyak DM wanita menghantar gambar ketiak dan tanya ketiak mereka bersih tak?DATUK FAZLEY YAAKOBPENYANYI & CEF SELEBRITI"Kalau wanita pandai menjaga peribadi dalaman, luaran, fikiran dan hati, saya yakin dia juga pandai menjaga kebersihan diri. Ia hanya sebuah kiasan," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai tohmahan yang mungkin timbul, Fazley berharap masyarakat tidak membuat penilaian melulu sekiranya dia bertemu jodoh baharu kelak."Kalau saya kahwin dengan wanita berkulit gelap mungkin orang akan tanya dulu cakap suka kulit putih. "Tetapi kalau saya ada pasangan takkan nak tengok bahagian dalamnya pula, andai kata saya jumpa seseorang wanita, jangan nilaikan Threads sebagai pilihan saya. Fazley sekadar berkongsi kisah benar yang berlaku dalam masyarakat."Itu bukan lontaran isi hati saya tetapi apa yang orang kongsikan," katanya. Sebelum ini, Fazley mencetuskan perhatian apabila memuat naik hantaran di Threads mencari gadis berketurunan Cina atau memiliki rupa paras seumpamanya untuk keluar temu janji.Lebih mencuri tumpuan, penyanyi berkenaan turut menyatakan bahawa selain paras rupa, aspek kebersihan fizikal termasuk ketiak yang bersih menjadi antara keutamaannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!