suria

Ramai tawar diri mahu jadi ‘Datin’ tapi Fazley Yaakob tak terfikir kahwin lagi

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui masih menyimpan perasaan sayang terhadap bekas isterinya iaitu Azrene Soraya.

Belum terfikir untuk kembali bersama, Fazley, 46, berkata mereka lebih selesa berkawan baik dan bersyukur anak-anak memahami keadaan tersebut.

“Hubungan saya dengan bekas isteri Azrene masih baik, kami bersahabat selalu makan bersama dan luangkan waktu bersama anak-anak cuma bezanya kali ini bukan status sebagai suami isteri.

“Anak-anak sudah faham dengan apa yang berlaku malah mereka melihat status saya sebagai bapa tunggal menguruskan semuanya sendiri dan tidak janggal.

“Ya memang masih ada lagi perasaan kasih terhadap bekas isteri tapi kami sudah ada kata putus dalam hubungan… kami ikut segala ketentuan dan takdir tuhan,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi