PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui kehidupannya lebih tenang dan teratur selepas bergelar suami sejak Mei lalu.
Menurut Sufian, 32, dia kini banyak meluangkan masa bersama isteri tercinta iaitu Rania Al Shadat dan tidak menyangka rezeki juga semakin mencurah-curah selepas berkahwin.
“Bahagia sekarang dan lebih tenang serta kehidupan lebih teratur selepas berkahwin ni, semuanya dilakukan berdua dalam menguruskan rumah tangga.
“Rezeki lepas berkahwin ni sentiasa ada dan paling rezeki tak sangka jiwa ni makin tenang.
“Perancangan (cahaya mata) memang tahun ni kalau boleh sebab tak nak bercinta lama-lama, waktu cantik sekarang ni sebab usia pun sudah meningkat.
Ditanya khabar isteri sedang berbadan dua, Sufian menafikan spekulasi berkenaan.
“Belum ada lagi... doakan baik-baik saja, terkejut juga sebab belum masuk episod tu lagi.
“Tapi saya dan isteri sentiasa bersedia dan reda sekiranya diberikan rezeki anak dalam masa terdekat,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































