suria
mStar - Urban.Versatil

Netizen mula ‘kenenkan’ Que Haidar, Nur Fazura… Siap ada hashtag #QueLaFazkanDenganBismillah

Peminat suka melihat keakraban Que dan Fazura.

SELEPAS beberapa selebriti menjadi sasaran untuk disatukan sebagai kekasih, kali ini nama pelakon Que Haidar dan aktres Nur Fazura pula hangat diperkatakan.

Siapa sangka, bermula sekadar kerjasama sebagai duta sebuah jenama pakaian dan terlibat dalam penghasilan kandungan bersama, hubungan kedua-dua pelakon itu dilihat semakin akrab sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bukan itu sahaja, sejak kebelakangan ini mereka beberapa kali muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok hingga membuatkan ramai pihak cuba ‘kenenkan’ dua selebriti itu. 

Que dan Fazura dilihat makin rapat.

Malah, netizen turut mencipta tanda pagar rasmi buat mereka iaitu #QueLaFazkanDenganBismillah sebagai tanda sokongan dan doa yang baik-baik.

Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Threads turut mengundang pelbagai reaksi. 

Ada yang teruja melihat keserasian mereka, namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar gimik promosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen Que Haidar dan Fazura buat ramai ketawa, Yuna Rahim pun ikut sama terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, Que Haidar belum sempat berehat... 4 bulan tak balik rumah di kampung

Namun begitu, kedua-duanya dilihat profesional dan selesa bekerjasama, malah sering tampil dengan kapsyen serta respons bersahaja yang menghiburkan peminat.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Que mahupun Fazura berhubung percubaan netizen untuk menyatukan mereka.  

Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009, namun disahkan bercerai pada 2 Julai 2024.

Antara peminat yang suka melihat keakraban Que dan Fazura.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleoptra Haidar, 15.

Sementara itu, Fazura pula pernah bernikah dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami