suria
mStar - Urban.Versatil

Komen Que Haidar dan Fazura buat ramai ketawa, Yuna Rahim pun ikut sama terhibur

Yuna (kanan) berkongsi rasa senang melihat Fazura dan Que (kiri).

GELAGAT pelakon Que Haidar dan Fazura saling berbalas komen di Threads mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. 

Bukan hanya peminat, malah pelakon Yuna Rahim turut tidak ketinggalan memberi perhatian terhadap komunikasi secara spontan mereka berdua. 

Kata Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 32, dia bukanlah individu yang gemar mencampuri urusan peribadi rakan artis, namun tidak menafikan berasa senang hati melihat kemesraan antara Que dan Fazura

"Saya ni jenis tak sibuk hal sesama artis tapi kalau Que dengan Faz (panggilan Fazura) kan saya suka tau," katanya. 

Yuna tumpang gembira melihat gelagat Que dan Fazura di media sosial.

Yuna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Yuna mengakui dia turut berasa terhibur melihat gelagat kedua-dua pelakon berkenaan.

"Ya kita pagi-pagi tengok mereka kita pula yang gembira semacam," ujarnya. 

Sebelum ini, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, dilihat sering berbalas komen dengan Fazura di Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, Que Haidar belum sempat berehat... 4 bulan tak balik rumah di kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Fazura dedah sudah dua tahun jadi mangsa buli netizen, tergamak mengata arwah bapa dan Fatima… “Nak suruh saya diam supaya terus ‘enjoy’ dengan gosip dan fitnah”

Segalanya bermula apabila Que memuat naik hantaran berbunyi, 'Ramadan ni, buka puasa nak makan apa tu?'.

Fazura kemudian membalas secara santai dengan memberitahu dia bukan seorang yang cerewet dan boleh makan apa sahaja. 

"Awak nak saya makan apa? Saya jenis tak cerewet," katanya. 

Komen Que dan Fazura di Threads mengundang pelbagai reaksi netizen.

Untuk rekod, Que sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009, namun sah bercerai pada 2 Julai 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleoptra Haidar, 15 tahun. 

Manakala Fazura pernah bernikah dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Fazura dan Fattah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain