PENYANYI Khai Bahar menasihatkan rakan duetnya, Yulia Kamelia agar tidak mengambil hati terhadap kecaman segelintir individu susulan kolaborasi mereka menerusi lagu Toksik. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata individu yang meninggalkan komen negatif terhadap Yulia bukanlah dalam kalangan peminat setianya, sebaliknya dipercayai menggunakan akaun palsu untuk melemparkan kecaman. Menurutnya komen negatif begitu pernah terjadi setiap kali dia bergandingan dengan artis wanita lain.Khai mendakwa individu menggunakan akaun palsu untuk mengecam rakan duetnya."Individu-individu yang beri komen negatif ini sebenarnya saya pun tak kenal. Saya hanya kenal peminat-peminat saya. "Saya tak kenal siapa dia, malah saya sendiri pun kadang-kadang kena kecam. Orang yang sama. Dia menggunakan akaun palsu. Peminat saya bukan macam itu."Ada dua tiga orang individu ini selalu kecam artis wanita yang berduet dengan saya. Saya tak tahu kenapa," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar hanya mahu fokus perbaiki diri dan nyanyian, tak melatah disindir zaman sudah berlaluARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam ‘brokoli’, ramai tak boleh terima gaya rambut baharu Khai BaharKhai berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara sesi bersama media yang diadakan di restoran Leo's Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Khai turut menasihatkan Yulia agar tidak melayan komen-komen tersebut kerana ia hanya akan menjejaskan emosi dan semangat."Jangan ambil hati sangat, kalau layan nanti akan patahkan semangat sendiri. Setakat dua tiga orang yang kecam letak tepi. Orang yang sama. Dia menggunakan akaun palsu. Peminat saya bukan macam itu. KHAI BAHARPENYANYI"Ada beribu orang lagi yang menyokong kita jadi tak beri kesan apa-apa pun," ujarnya. Khai bagaimanapun berharap isu tersebut tidak menjadi penghalang kepada mana-mana artis wanita untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang."Jangan takut nak berduet dengan saya kerana buat bisnes lain pun mesti ada yang iri hati. "Kita memang tak boleh lari daripada perkara ini (kecaman) sebab kita pun bukan sempurna. "Orang hebat pun selalu dikecam, biasalah lumrah hidup," katanya. Khai (kanan) dan Yulia berduet menerusi lagu Toksik.Dalam perkembangan lain, Sony Music Entertainment Malaysia mempersembahkan sebuah kolaborasi istimewa menyatukan gandingan suara Khai bersama Yulia menerusi single baharu berjudul Toksik. Lagu ini merupakan hasil sentuhan komposer Farouk Roman dan penulis lirik Adrianna Cinta. Menurut Khai, gabungan vokalnya bersama Yulia menghasilkan keseimbangan dan keserasian yang unik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube