suria
mStar - Urban.Versatil

Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagia

Kamal bahagia dapat luangkan masa bersama Hawra.

PERKONGSIAN video pelakon Kamal Adli meluangkan masa bersama anaknya bukan sahaja menjadi momen indah buat dirinya, malah turut membuatkan ramai pengikut di sosial media meluahkan rasa terharu dan gembira. 

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, menyifatkan tempoh tersebut sebagai suatu yang cukup bermakna dalam hidupnya. 

“Best day of my life,” tulisnya ringkas.

Kamal bawa Hawra ke taman permainan.

Kamal berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram dan Threads miliknya pada pagi Jumaat.

Menerusi video berkenaan, pelakon itu dilihat membawa Hawra menikmati hidangan di sebuah restoran makanan Jepun sebelum mereka meluangkan masa bermain di taman permainan. 

Gelagat mesra dua beranak itu nyata mencuri perhatian yang melihat senyuman dan gelak tawa Kamal sepanjang video berkenaan. 

Malah, kehadiran bapa tiri bekas isterinya yang dikenali sebagai Fariz Rose turut menjadi perhatian netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu tak jumpa, Kamal Adli gembira dapat lepas rindu bertemu anak... “Terima kasih Uqasha”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada Hawra saja sekarang” – Kamal Adli mohon jangan beri masalah jumpa anak lepas bercerai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa terharu dan tumpang gembira melihat kebahagiaan Kamal bersama anaknya.

“Anak perempuan memang manja dengan ayah. Luangkan masa waktu kecil ini memang momen paling indah.

“Seronok tengok momen manis ayah dan anak, makin comel dan bijak Hawra.

“Alhamdulillah, satu warga Threads tumpang bahagia bila ‘Ketua Presiden’ gembira,” antara komen netizen.

Netizen sifatkan Fariz sebagai seorang yang matang.

Untuk rekod, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Uqasha Senrose pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain