suria
mStar - Urban.Versatil

[V] Takut pembedahan kosmetik, Liyana Jasmay sengaja ‘trigger’ netizen… Hanya buat rawatan di Korea Selatan

PELAKON Liyana Jasmay memaklumkan niatnya meluahkan hasrat ingin menjalani pembedahan wajah adalah sekadar mahu melihat reaksi netizen.

Menurut Liyana, 38, kenyataan itu dibuat hanya untuk menguji penerimaan orang ramai, sedangkan dia sebenarnya hanya mendapatkan rawatan kulit wajah di Korea Selatan.

Katanya, ia merupakan rutin tahunan  yang biasa dilakukan untuk berjumpa pakar kulit dan menjalani rawatan. 

Liyana sebelum ini berkongsi dirinya menerima rawatan di Korea Selatan.

“Sebenarnya saya tak buat apa-apa pun. Saya ke sana memang setahun sekali untuk jumpa pakar kulit dan dapatkan rawatan seperti skin boosting dan kolagen. Itu sahaja.

“Bukan untuk pembedahan atau apa-apa. Kadang-kadang saya suka juga tengok reaksi orang, macam ‘trigger’ sikit.

“Bila saya pernah cakap buat pembedahan muka, sebenarnya nak tengok reaksi orang. Bila ramai percaya, saya sendiri pun terkejut,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay penat dengar kritikan netizen, ‘buat muka’ untuk transformasi wajah 2026… “Saya nak mancungkan hidung”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay terima kritikan secara terbuka, tak ambil hati teguran PU Syed

Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Fantasi Fiksi yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Liyana berkata dia tidak pernah terfikir untuk melakukan pembedahan wajah kerana takut akan kesan yang mungkin berlaku kelak.

Sebaliknya, dia ke sana selepas rawatan yang diinginkan tiada di Malaysia malah sudah  membuat penyelidikan terperinci sebelum memilih klinik sesuai.

“Tentang ubah muka, saya memang tak pernah terfikir. Saya takut. Saya cuma buat rawatan kulit sahaja.

Rawatan lain masih boleh dibuat di Kuala Lumpur.

LIYANA JASMAY

PELAKON

“Saya pergi Korea sebab rawatan tertentu memang tiada di Malaysia. Saya ada tanya doktor di klinik di sini dan mereka kata rawatan itu hanya ada di Korea, jadi mereka sarankan ke sana.

“Saya buat kajian berbulan-bulan untuk cari doktor yang sesuai kerana rawatan pada muka memang perlu berhati-hati,” ujarnya.

Tambah Liyana, klinik yang dipilih terletak di Gangnam, Korea Selatan dan menawarkan rawatan bertaraf premium, namun dia yakin dengan kepakaran doktor berkenaan.

Liyana tak bersedia untuk lakukan pembedahan wajah.

"Kos rawatan sekitar RM1,600 dan saya buat setahun sekali. Rawatan lain masih boleh dibuat di Kuala Lumpur. Saya sudah dua kali pergi ke sana," luahnya.

Sebelum ini, Liyana dalam hantaran di Instastory berkongsi bersedia untuk tampil dengan transformasi baharu pada tahun 2026. 

Secara berseloroh katanya dia mahu mancungkan hidung, buang garisan di leher selain pembedahan bahagian rahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain