PELAKON Datuk Hans Isaac mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong dalam masa terdekat. Hans, 55, berkongsi khabar gembira itu melalui satu hantaran di Instagram sambil menunjukkan jari Francisca yang disarung cincin pertunangan. "Dia kata, Ya! Selamanya akan menjadi individu kegemaran saya," katanya dalam hantaran tersebut pada Isnin.Hans dan Francisca bakal menamatkan zaman bujang mereka. Pada masa sama, Hans yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menjelaskan keputusannya untuk mengahwini Francisca merupakan keputusan terbaik yang pernah dibuatnya. "Untuk selamanya bersama dengan awak, akan menjadi isteri saya. "Ini merupakan keputusan yang terbaik pernag saya buat dan dia bersetuju (untuk berkahwin). ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hans Isaac dedah sebab lima tahun tinggalkan lakonan demi politikARTIKEL BERKAITAN: Misi Hans Isaac beri pelakon veteran ‘job’, ada banyak perancangan untuk industri filem negara"Sekarang ini dia selamanya bersama saya," ujarnya. Hans turut berseloroh bahawa pendedahan itu sekaligus menoktahkan soalan keramat mengenai status dirinya selama ini."Tiada lagi selepas ini, "Hans bila nak kahwin?" ujarnya.