suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Hans Isaac dedah sebab lima tahun tinggalkan lakonan demi politik

PELAKON Datuk Hans Isaac mendedahkan keputusan mengundurkan diri daripada dunia lakonan kira-kira lima tahun lalu dibuat kerana mahu memberikan komitmen penuh pada bidang politik.

Menurut Hans, 55, sepanjang bergelar pelakon, beliau sudah melalui pelbagai pengalaman termasuk kejayaan dan kegagalan dalam industri seni.

“Waktu itu saya mahu jadi ahli politik. Bila saya masuk parti politik dan masa itu presiden saya adalah pembangkang. 

“Mungkin pada waktu itu saya kena boikot, tak bagi saya berlakon lagi. Tapi saya rasa ada tanggungjawab lebih besar.

Hans mendedahkan sebab sebenar berhenti berlakon pada lima tahun lalu.

Hans mendedahkan sebab sebenar berhenti berlakon pada lima tahun lalu.

“Saya sudah melakukan tugas sebagai pelakon sebelum ini. Saya dah berlakon filem box office, filem yang gagal pun sudah. Rating tinggi dan rendah, saya dah rasa semua. Bagi saya bila sudah sampai pada satu tahap, perlu buat sesuatu perkara baharu,” katanya kepada mStar

Hans berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Gerak Khas 2.0 bertempat di TGV Cinemas, KLCC pada Selasa. 

Dalam pada itu, Hans menjelaskan beliau tidak mahu membahagikan fokus antara kerjaya lakonan dan politik kerana percaya setiap tanggungjawab perlu diberikan komitmen sepenuhnya.

“Saya kena fikir untuk pilih kiri atau kanan (perumpamaan). 

ARTIKEL BERKAITAN: Misi Hans Isaac beri pelakon veteran ‘job’, ada banyak perancangan untuk industri filem negara

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac kembali dilantik sebagai Pengerusi Finas

“Saya tidak boleh memilih keduanya (politik dan lakonan). Tumpuan akan jadi 50-50 (setengah). 

“Saya tak suka buat kerja sekerat-sekerat. Kalau saya nak lakukan sesuatu, saya akan beri komitmen 100 peratus,” ujarnya. 

Mengulas mengenai peluang kembali berlakon, Hans berkata beliau pernah menerima beberapa tawaran, namun perlu berhati-hati kerana ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Ada beberapa pihak produksi yang minta saya berlakon tapi sebagai pengerusi Finas pun sangat sensitif untuk menerima tawaran. 

“Saya kena tengok ada dana Finas atau tidak. Kalau saya terbabit dengan produksi yang dapat Finas atau kerajaan, ia akan mencetuskan konflik kepentingan. 

Hans kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Finas.

Hans kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Finas.

“Itu pun saya kena fikir juga sebab jawatan saya di Finas. Tapi kalau tawaran produksi luar dari Malaysia, 100 peratus saya akan terima,” katanya.

Untuk rekod, Hans mengumumkan secara rasmi bersara daripada dunia lakonan pada Disember 2021 selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri seni. 

Dalam perkembangan lain, Hans bakal muncul dalam drama Gerak Khas 2.0 yang akan disiarkan di saluran TVS bermula 3 Julai ini. 

Selain Hans, drama bersiri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Yusof Haslam, SAC (B) Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin, Salina Saibi dan Tisha Shamsir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain