PELAKON Ramona Zamzam lantang bersuara berkongsi pendapat tentang pengambilan produk pelangsingan badan yang dirasakan boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.Sebagai seorang selebriti yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, Ramona, 36, tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan pengusaha yang sewenang-wenangnya mempromosikan produk mereka di pasaran. "Sedih bila orang kita terlalu taksub nak kurus sehingga ambil jalan singkat dengan makan produk pelangsingan. Kita tahu pengusaha itu hanya nak duit sahaja, sedangkan pengguna membeli sesuka hati kerana terlalu percaya.Perkongsian Ramona di Threads. "Kita tahu mereka yang keluarkan produk ini tidak mempromosikan gaya hidup sihat. Sebahagian dalam diri saya terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini. Sakit hati apabila melihat orang kita hadam begitu sahaja sedangkan ia tidak betul."Saya tidak boleh berdiam diri. Saya tertanya-tanya kenapa orang kita bodoh sangat sampai tahap begitu? Saya prihatin dengan semua orang," katanya.Ramona sebelum ini memuat naik satu hantaran di Threads berkaitan isu sama yang, menurutnya, tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis lebih ‘chill’, Ramona Zamzam dapat rasa vibe berbeza daripada pempengaruh ARTIKEL BERKAITAN: Ramona dedah tak pernah jumpa bapa kandung… “Dia tak berminat nak jumpa saya”Dia tidak mahu pengambilan produk tanpa kawalan memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang."Isu suplemen ubat kurus ini dah berlarutan lama. Jika ditanya kepada saya, saya akan cakap tiada jalan singkat."Ambillah apa sahaja produk, pasti ada kesan sampingan. Hanya satu yang tiada kesan teruk iaitu senaman," ujarnya.Sebagai selebriti Ramona terpanggil berkongsi pendapat. Berkongsi lanjut, pelakon itu berkata dia sentiasa menjaga berat badan menerusi pengawalan pemakanan selain melakukan rutin senaman."Saya sudah amalkan gaya hidup sihat lebih 10 tahun. Ketika tempoh Covid-19, saya betul-betul fokus. Sebenarnya boleh sahaja nak kurus secara semula jadi."Amalkan pengambilan protein yang lebih dan kurangkan karbohidrat. Dalam masa sama, kena bersenam," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!