PELAKON Nad Zainal selamat melahirkan anak lelaki pada Rabu tepat pukul 9.41 pagi. Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon Ungku Ismail Aziz di Instagramnya. "Isteri saya selamat melahirkan anak kami pada pukul 9.41 pagi tadi. Nad dan Ungku Usmail sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki. "Bayi tersebut ialah lelaki," katanya pada Rabu. Menurut Ungku Ismail, keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, dan bayi lelakinya itu dalam keadaan sihat. "Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel. Alhamdulillah. "Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang baik," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak buncit, saya mengandung” - Nad Zainal umum sedang berbadan dua ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Nad Zainal tular, netizen tegur babak tak masuk akal… “Kenapa pakai penyodok sampah untuk cedok kerepek”Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Indera Puteh Al Maajid yang berusia tiga tahun. Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhamad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan bercerai pada 2022. Hal perkahwinan, Nad dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!