PELAKON Nad Zainal mengumumkan dia kini sedang hamil anak keempat. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkongsi khabar gembira itu di aplikasi Threads miliknya. Nad meluahkan perkara itu apabila ada beberapa individu menegur perutnya yang kelihatan semakin buncit. "Ada orang tegur perut. Saya tidak buncit, saya mengandung. Malaslah nak umumkan, ini anak keempat. Nad umumkan perkara tersebut di halaman Threads. "Tapi saya cuma nak beritahu yang saya buncit ini bukan sebab makanan," katanya pada Rabu. Bagaimanapun Nad tidak memberitahu secara spesifik usia kandungan dan jantina anaknya itu. Hantaran tersebut menerima reaksi lucu netizen apabila menganggap ia pengumuman secara spontan. ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sedar diri hanya pelakon, jalani hidup macam manusia biasa… “Kenapa nak malu pakai benda murah?” ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal tolak berlakon di bawah arahan suami, risau ‘gaduh’ di set hingga terbawa ke rumah"Macam itu sahaja dia umum (mengandung). Comel betul Kak Nad ini. "Masyarakat pantang nampak perut orang, kan Nad sudah terumumkan. Tahniah! "Wah! gempak cara Nad Zainal umumkan. Macam itu sahaja," kata netizen. Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada Januari 2023. Untuk rekod, Nad dan suami, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki yang kini berusia tiga tahun. Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 namun berpisah pada tahun 2022. Hasil perkahwinan, Nad dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!