suria

Nad Zainal sedar diri hanya pelakon, jalani hidup macam manusia biasa… “Kenapa nak malu pakai benda murah?”

Nad Zainal tidak memilih dalam membeli pakaian raya.

STATUS sebagai seorang selebriti tidak membataskan pelakon Nad Zainal untuk membeli atau menggunakan barangan harga murah. 

Bagi Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 36, di sebalik populariti sebagai artis, dia menganggap dirinya sama seperti manusia biasa yang suka berjimat. 

“Kenapa perlu malu pakai benda yang murah? 

Luahan Nad Zainal di aplikasi Threads. 

“Saya hanya bekerja sebagai pelakon, balik rumah saya hanya Farah Nadia yang perlu urus anak-anak dan suami,” katanya. 

Nad berkongsi perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Jumaat. 

Tambah Nad, mana-mana individu sekalipun pasti lebih tertarik untuk membuat pembelian dengan harga mampu milik. 

“Tak kisah kerja apa sekalipun, rasanya ramai yang suka benda murah, harga promo dan jualan murah,” luahnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal tolak berlakon di bawah arahan suami, risau ‘gaduh’ di set hingga terbawa ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap pelakon berwajah awam, Nad Zainal anggap rezeki dapat bawa pelbagai watak

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons dan bersetuju dengan pendapat tersebut. 

Malah ramai yang kagum dengan Nad kerana tidak mementingkan harga serta jenama dalam pemilihan barangan peribadi.

Sementara itu dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Nad memberitahu dia sudah selesai melakukan persiapan baju untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk ahli keluarganya. 

Katanya, kebanyakan pembelian dilakukan secara atas talian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain