PENYANYI era 90-an, Jeslina Hashim meraih perhatian ramai apabila tampil berani dengan imej seksi di akaun Instagram miliknya. Rara-rata pengikut jelas teruja dengan imej yang digayakan walaupun sudah berusia 48 tahun. Perkongsian itu juga mendapat lebih 2,000 'repost' dan menerima 350,000 tontonan. Jeslina kekal yakin dan jelita di usia 48 tahun. “Cantik sangat."Saya harap boleh kelihatan elegan seperti awak."Nampak hebat dan mempesona,” tulis beberapa pengikut di ruangan komen.ARTIKEL BERKAITAN: Foto Jeslina Hashim tayang ‘aset’ di Bali buat ramai bungkam mata, berani habis!ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun sulam cinta, Jeslina Hashim sah bergelar isteri Tunku Eddy NasruanDalam hantaran sama, Jeslina turut berkongsi mengenai kehidupan dan proses penuaan yang mencerminkan keyakinan serta pendiriannya sebagai wanita yang selesa dengan diri sendiri.“Apabila saya berumur 80 tahun, saya mahu menoleh ke belakang dan berkata saya tidak menua sekadar anggun saja. Saya menua dengan kenakalan, keberanian dan kisah-kisah hebat untuk diceritakan,” katanya.Usia bukan penghalang untuk Jeslina tampil bergaya dengan penuh keyakinan.Penampilan seksi yang sering digayakan Jeslina bukanlah perkara baharu, sebaliknya wanita itu pernah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memuat naik foto percutian di Bali, Indonesia pada tahun 2022. Dalam perkongsian itu, Jeslina bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki, malah hampir mendedahkan seluruh bahagian peha dan pinggulnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!