suria

Dua bulan simpan rahsia, Ojen Aiwah dedah ibu derita kanser usus... “Mama inspirasi saya rajin bersedekah”

Ibu Ojen (dua dari kiri) menghidap kanser usus.

DUA bulan menyimpan rahsia, usahawan Ojen Aiwah mendedahkan ibunya menghidap kanser usus dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Ojen atau Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 30, berkata, ibunya baru sahaja sedar selepas menjalani pembedahan usus. 

Mengakui tahap kesakitan yang dialami sangat tinggi, Ojen berkata ibunya tetap kuat menjalani proses pemulihan. 

Ibu Ojen selamat menjalani pembedahan.

"Mama baru sedar daripada pembedahan usus. Pembedahan kedua terbesar dalam hidup mama. Mama menangis semahunya sebab kesakitannya tahap 10/10. 

"Mama dalam proses pemulihan dan peratus untuk terus hidup meningkat kepada 80%. Syukur Alhamdulillah ya Allah. 

"Ojen yakin dan percaya mama pasti akan sembuh. Mama seorang pejuang sejak hari pertama," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke kunafa pun dah jadi penyanyi, Ojen Aiwah ada impian lagu masuk AJL

ARTIKEL BERKAITAN: Ojen Aiwah mengamuk dakwa ditipu ‘personal shopper’ lebih RM200,000

Ojen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Ojen turut menzahirkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan kekuatan ibunya yang disifatkan sebagai sumber inspirasi terbesar dalam hidup, terutama dalam amalan bersedekah.

"Mama terima kasih kerana berjuang sehingga ke tahap ini. Mama terima kasih kerana sampai tahap ini Along (panggilan Ojen) masih dapat doa mama. 

"Mama terima kasih kerana mengajar along bahawa bersedekah adalah asbab kepada panjang umur. 

“Magis yang mengajar Ojen untuk banyak bersedekah adalah mama," ujarnya.  

Menurut Ojen sepanjang dua bulan memakai beg stoma, ibunya tidak pernah berhenti bersedekah walaupun berada dalam keadaan sakit.

Ojen mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ibunya.

"Dia wanita yang hebat rajin bersedekah. Dua bulan mama pakai beg stoma, selama itulah dia bersedekah dengan sesiapa pun. 

"Malah jururawat yang bersihkan najis mama pun dia sedekah walau tak besar jumlahnya

"Selama berkongsi rezeki Ojen tak mahu apa-apa balasan pun hanya hauskan doa daripada kalian dan ia sangat berguna. Alhamdulillah terima kasih orang-orang baik. Terus doakan mama sembuh ya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain