PELAKON veteran, Kartina Aziz berkongsi realiti sebenar industri filem apabila seorang pengarah mempergunakan seorang pelajar praktikal dengan cara yang dianggap tidak adil.Menurut Kartina atau Kartina Abdul Aziz, 71, dia pernah menyaksikan seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijemput sebagai pembantu pengarah dalam sebuah produksi filem, namun tugasnya hanyalah menarik kabel. Malah kata Kartina, dia juga pernah melihat beberapa pelajar yang diberikan bayaran tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan dalam produksi filem.Kartina dedah pernah melihat pelajar praktikal hanya dibayar RM150.“Kalau ikut jawatan, dia assistant director, tapi saya lihat dia hanya disuruh tarik kabel. "Saya juga sempat tengok depan mata, ada pelajar yang bekerja dalam produksi filem cuma dibayar elaun sebanyak RM150,” katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Kartina berkata perlakuan sedemikian adalah tidak wajar kerana pelajar sepatutnya diberikan pendedahan dan pengalaman sebenar selaras dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.Tambah pelakon Mami Jarum itu, sikapnya yang sentiasa berbaik dengan kru produksi membuatkan dia mengetahui perkara sebenar yang berlaku di set penggambaran.ARTIKEL BERKAITAN: Kartina Aziz tak hidap angin ahmar, syukur ramai mendoakan kesihatanARTIKEL BERKAITAN: Cecah Usia 61 Tahun, Kartina Aziz Mahu Terus Jadi Pelakon“Bagi saya, itu tak patut. Alhamdulillah kru produksi lain baik dengan saya dan mereka saya anggap macam anak sendiri, sebab itu saya layan mereka dengan baik,” jelasnya.Selain itu, Kartina turut mendedahkan pengalaman pelajar lain yang pernah diberikan amaran keras, di mana jika gagal menepati kerja, mereka terpaksa mengulang semula peperiksaan.Ironinya, pengarah tersebut tetap mendapat pujian daripada sesetengah pihak yang menganggap dia seorang yang sangat profesional.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube